Judul: Jawaban-Jawaban Ilmiah Sederhana Terhadap Berbagai Syubhat Kontemporeri | Judul Asal (‘Arab): Syubhat Mu’ashirah | Penulis/Penyusun: Dr. Ahmad bin ‘Abdurrahman Al-Qadhi | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: ‘Abdurrahman | Penerbit: Darul Haq | Berat: 66g | Muka Surat: 62 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.6 cm (tinggi) x 12.4 cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: 978-602-6845-25-2 |
Dalam Surah Al-Baqarah di ayat 120, Allah mengkhabarkan kepada kita (kaum Muslimin) bahawa orang-orang Yahudi dan Nashara tidak akan redha kepada kita sampailah kita mengikuti agama mereka.
Pelbagai usaha telah dan terus mereka lakukan untuk memurtadkan kaum Muslimin, di antaranya dengan melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas kepada Ajaran Islam, khasnya di dalam permasalahan-permasalahan kontemporeri, agar tertanam di dalam hati kaum Muslimin keraguan terhadap Islam.
Buku yang ada di tangan Anda ini, berisi jawaban-jawaban ilmiah dan sederhana terhadap 15 syubhat kontemporeri yang mereka dakwa terdapat pertentangan antara sesama ayat-ayat Al-Qur’an, atau ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam berkaitan:
` Kebebasan beragama
` Ahlu Dzimmah
` Wanita
` Pernikahan
` Poligami
` Bahagian warisan untuk wanita
` Negeri Islam dan Negeri Perang
` Haramnya orang musyrik Memasuki Makkah
` Jizyah
` Larangan pendirian tempat Ibadah orang kafir di Negara Saudi
` Hukum-hukum Had
` Seruan Untuk Menerapkan Syari’ah Islam
` Makna ayat 82, Surat Al-Ma’idah
` Ayat-ayat Jihad
` Sesungguhnya Agama di Sisi Allah Hanyalah Islam
Semoga dengan membaca buku ini, semakin meyakinkan kita kepada Agama Islam dan tidak mudah termakan hasutan mereka yang menuduh Agama ini tanpa dasar ilmu.