Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Membedah Firqah Sesat, karya Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah

Membedah Firqah Sesat, karya Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah
Membedah Firqah Sesat, karya Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22.9 x 15.1 x 1.5

ISBN: 9789793942436
Availability: In Stock
Price: RM25.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Membedah Firqah Sesat | Judul Asal (‘Arab): Al-Furqon Baina Al-haq wa Al-Bathil | Penulis/Penyusun: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728) | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Hawin Murtadho | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 413g | Muka Surat: 308 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.9 cm (tinggi) x 15.1 cm (lebar) x 1.5cm (tebal) | ISBN: 978-979-3942-43-6 |


Di antara hal yang dikhabarkan ke atas umat ini adalah akan terjadi di tengah-tengah mereka begitu banyak perpecahan berupa kelompok-kelompok (firqah) dan aliran sesat yang mengancam aqidah umat.

Tidak sedikt dari kalangan kaum muslimin yang terjebak dan terjebak bergabung dalam aliran-aliran sesat tersebut. Sebahagian mereka tidak menyedari akan kesesatan aliran tersebut, sedang sebahagian yang lain kerana tidak berdaya melawan syubhat pemikiran yang dibawa oleh masing-masing dari firqah-firqah tersebut. Di antara punca dari semua ini adalah kerana sedikitnya ilmu dan jauh pula dari para ulama yang benar.

Kepelbagaian ideologi yang menyesatkan ini terus wujud, berkembang dan menyebar di tengah-tengah masyarakat. Ianya dibawa oleh pelbagai kelompok. Dan paling berbahayanya apabila ia dibawa oleh kelompok-kelompok yang masing-masing dari mereka mendakwa mendakwahkan dan memakai nama-nama Islami.

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H), seorang tokoh yang dikenal akan kedalaman dan kemanpanannya dalam dunia keilmuan Islam, telah menyusun sebuah tulisan terkait perkara ini. Tulisan beliau ini tampil antaranya dalam rangka menjelaskan tentang hakikat perpecahan tersebut, sejarah kemunculan firqah-firqah sesat, bentuk dan jenis-jenisnya, serta asas kerangka ideologi masing-masing dari mereka.

Kemudian beliau jelaskan pula kepentingan untuk berpegang teguh dengan manhaj para salaf, dan pelbagai jawaban ilmiyah terhadap pelbagai syubhat yang dibawa oleh pelbagai firqah serta ideologi yang menyesatkan yang kian tersebar di kalangan masyarakat.

Dikatakan bahawa di antara asas mula kemunculan firqah-firqah sesat di dalam kalangan kaum muslimin dari dahulu sampai ke hari ini, pasti tidak akan lari dari kerangka utama pemikiran berikut ini; yakni Khawarij, Syi’ah, Shufiyyah, Muta’zilah, Jahmiyyah, Qodariyyah, dan Murji’ah. Dari firqah-firqah inilah pada hari ini muncul pula ideologi yang dikenal sebagai golongan Liberal, falsafah, khawarij, da’esh, Al-Qaeda, Al-Asya’irah, Jama’ah Tabligh, tarekat, anti hadis (atau dikenal juga sebagai Qur’aniyyun), Hizbut Tahrir, dan semisalnya.

Buku ini dalam edisi asal bahasa ‘Arabnya berjudul “Al-Furqon Baina AI-Haq wa AI-Baathil” (Pembeza di antara yang Haq dan yang Bathil), kerana di dalamnya Ibnu Taimiyyah membentangkan perbahasan ilmiyah terkait asas kesesatan firqah-firqah bathil yang telah yang kami sebutkan di atas tadi. Semoga dengan menela’ah dan mendalami buku ini, diharapkan kita semua akan mampu untuk membezakan di antara kelompok yang haq dengan kelompok-kelompok yang bathil.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net