Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kunci-kunci Surga, 40 Tips Meraih Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Kunci-kunci Surga, 40 Tips Meraih Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Terbitan: Aqwam
Product Code: Aqwam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15.2 x 1.3

ISBN: 9789790393004
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kunci-kunci Surga, 40 Tips Meraih Kebahagiaan Dunia dan Akhirat | Judul Asal (‘Arab): Khuthu’waatun ila As-Sa’aadah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. ‘Abdul Muhsin Al-Qasim | Tahqiq/Takhrij: Team Penerbit | Penterjemah: Arief Mahmudi | Penerbit: Aqwam | Berat: 245g | Muka Surat: 224 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 23 (tinggi) x 15.2cm (lebar) x 1.3cm (tebal) | ISBN: 978-979-039-300-4 |


Kebahagiaan adalah Syurga impian dan puncak angan-angan yang diinginkan semua orang, tetapi hanya sedikit yang mampu menggapainya. Sekalipun keadaan kehidupan manusia itu pelbagai dan beraneka-ragam, baik sarananya, tujuan, bahasanya, dan jenis serta selera mahupun keinginan mereka yang bermacam-macam, tetapi mereka tetap sependapat, yakni ingin meraih kebahagiaan. Tidak ada di antara mereka yang menginginkan kesengsaraan dan kesedihan. Mereka mendambakan kebahagiaan kerana ingin kesedihan yang telah mereka rasakan berubah menjadi kebahagiaan yang abadi.

Kebahagiaan merupakan anugerah dari Ar-Rahman yang diberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Oleh kerana itu, di antara hamba itu ada yang mampu memetik nikmat tersebut, tetapi ada pula yang terhalang darinya dan hanya mampu memimpikannya. Orang yang berjaya dalam perkara ini adalah orang yang diberi petunjuk untuk memperoleh kebahagiaan, menempuhnya, dan beramal untuknya, serta menjauhi perkara yang berlawanan dengannya atau sesuatu yang mengakibatkan dirinya terjerumus ke lembah kesengsaraan.

Soalnya, di manakah dapat kita temui kebahagiaan itu?

Sebahagian orang mengira kebahagiaan terletak pada harta dan kekayaan, sementara sebahagian yang lain beranggapan kebahagiaan ada pada pangkat dan kedudukan. Ada pula yang mencari kebahagiaan dengan cara merealisasikan angan-angan yang terlarang.

Ketahuilah bahawa kebahagiaan tidak semestinya identik dengan kesenangan dan keindahan padangan dunia. Namun, kebahagiaan itu ada dan akan dirasakan bagi mereka yang menggapainya dengan benar.

Kata Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H), “Sesungguhnya di dunia ini ada Syurga, siapa yang belum masuk ke dalamnya, dia tidak akan masuk ke dalam Syurga akhirat.”

InsyaAllah buku ini termasuk buku-buku yang sangat membahagiakan. Kandungannya sangat menenangkan. Bait-bait perbahasannya membuat hati terasa bahagia ketika membacanya. Benar-benar anda harus membacanya, jiwa anda pasti tersentuh... Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang diberikan kebahagiaan itu.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net