Judul: Surat-Surat yang Dibaca Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam Ketika Shalat | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah| Tahqiq/Takhrij: | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 54g | Muka Surat: 80 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 15.0cm (tinggi) x 10.5 cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: - |
Buku ini menjelaskan bagaimana praktik solat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam membaca surah-surah di dalam solat setelah membaca surat Al-Fatihah. Bagaimana cara bacaan beliau, apa surah-surah yang biasa beliau baca dalam solat-solat fardhu, baik ketika Subuh, Zuhur, ‘Ashar, Maghrib, mahupun ‘Isya’?
Setelah membaca surat Al-Fatihah, Nabi Shalallahu alaihi wa Sallam membaca surah-surah tertentu yang adakalanya dipanjangkan bacaan surahnya, adakalanya beliau memendekkan bacaannya dengan alasan tertentu; seperti ketika sedang safar (dalam perjalanan jauh), ketika sedang batuk atau sakit, atau kerana mendengar tangisan anak kecil yang memerlukan ibunya.
Adakalanya beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam membaca surah yang sama pada raka’at pertama dan raka’at kedua; beliau mengulangi kembali surah tersebut seluruhnya pada raka’at yang kedua sebagaimana di raka’at pertamanya.
Beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam biasanya membaca surah dari awal surah, lalu menyempurnakannya hingga selesai surah tersebut. Namun adakalanya juga, beliau membahagi suatu surah tersebut menjadi dua bahagian, lalu dibacakan pada dua raka’at solatnya.
Dan masih banyak lagi yang akan dipaparkan melalui buku ini tentang bacaan-bacaan Surah oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika mengimaminya solat-solat fardhu lima waktu.
Semoga bermanfaat dan menjadi pedoman buat kita.