Judul: Al-Wabilush Shayyib - Motivasi Dan Panduan Meningkatkan Dzikir Dan Amal Shalih | Judul Asal (‘Arab): Al-Wabilush Shayyib wa Rafi’ul Kalimith Thayyib | Penulis/Penyusun: Al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Abu Bakr bin Ayub (Ibnu Qayyim Al-Jauziah) rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq/Takhrij: ‘Abdurrahman bin Hasan bin Qaid | Penterjemah: Hawin Murtadho | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 678g | Muka Surat: 348 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.1cm (tinggi) x 17.8 cm (lebar) x 2.0cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-67-9|
Buku ini adalah edisi terjemahan dari karya Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H) berjudul Al-Wabil Ash-Shayyib wa Raafi’ Al-Kalim Ath-Thayyib wal-‘Amal Ash-Shalih ini, merupakan inspirasi besar bagi para pembaca untuk sentiasa mengungkapkan perkataan-perkataan yang baik dan amal-amal yang soleh. Ibarat air hujan yang turun dengan lebat (Al-Wabil Ash-Shayyib), ia menyiram hati para pembaca dengan motivasi dan riwayat-riwayat hadis yang akan membuahkan keterujaan pada jiwa untuk memperbaiki tutur kata dan amalnya.
Beberapa perkara yang akan anda temukan dalam buku ini:
>> Penjelasan tentang hakikat sabar
>> Motivasi untuk beramal dan berdzikir
>> Manfaat-manfaat dzikir
>> Pelbagai bentuk dzikir
>> Keutamaan dzikir berbanding doa.
>> Sebahagian besar buku dari ini memuatkan pelbagai contoh dzikir dan amal-amal soleh yang boleh dilakukan di pelbagai keadaan keseharian manusia, diikuti dengan huraian dan syarah yang sangat bermanfaat berkaitan dzikir-dzikir tersebut oleh penulis (Ibn Al-Qayyim rahimahullah).
Secara ringkasanya, buku ini sangat memotivasikan dan melahirkan keterujaan pada hati.