Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Alhamdulillah.. dan Keutamaan Mengucapkannya yang Luar Biasa

Alhamdulillah.. dan Keutamaan Mengucapkannya yang Luar Biasa
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14.7 x 10.3 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM7.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Alhamdulillah.. dan Keutamaan Mengucapkannya yang Luar Biasa | Judul Asal (‘Arab): Maqaashidus Saalikiin fii Manaazil Alhamdu lillaahi Rabbil ‘Aalamiin | Penulis/Penyusun: Humam Muhammad Al-Jirf (Bahagian 1), Abu Muhammad Ibnu Shalih Bin Hasbullah (Bahagian 2) | Tahqiq/Takhrij: Team Penyusun | Penterjemah: Ade Ikhwan | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 50g | Muka Surat: 80m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 14.7cm (tinggi) x 10.3cm (lebar) x 0.5cm (tebal) | ISBN: - |


Kalimat Alhamdulillah yang sederhana namun berharga ini sangat ringan diucapkan lidah namun berat dalam timbangan. Kami yakin, ini kerana Allah berkehendak agar setiap orang dengan mudah akan mengucapkannya di setiap saat dan di setiap keadaan.

Buku ini mengupas dengan perbahasan menarik tentang kalimat Alhamdulillah yang mengandungi makna yang sangat dalam. Dalam segala perkara, sama ada yang kita senangi mahupun yang kita anggap menyakitkan, kita tetap perlu dan sangat perlu bahkan memang sudah semestinya untuk mengucapkan Alhamdulillah.

Luar biasa dan sangat mengagumkan kandungan-kandungan Alhamdulillah ini jika kita amati denga ilmu yang benar. Dan jika kita perhatikan segala ciptaan-Nya meskipun kekuatan kita sangat kecil untuk memerhatikan ciptaan-Nya yang sangat besar, pelbagai dan hebat, ternyata langit dan bumi ini dipenuhi dengan Alhamdulillah.

Jika seseorang telah mampu sentiasa memanjatkan pujian dan sanjungan kepada-Nya dalam setiap keadaan; jika hatinya telah mampu secara spontan atau telah dimudahkan untuk bersyukur dan sentiasa punya alasan untuk berterima-kasih kepada-Nya; jika kerelaan dan senang hatinya telah menjadi sumber inspirasi baginya untuk sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada-Nya dalam setiap nafas; jika berfikiran positif dan optimis telah mewarnai fikiran dan wawasannya; dan jika sifat-sifat yang terpuji telah menjadi penghias bagi keperibadian dan ilmunya, maka dia bagaikan berakhlak dengan akhlak penghuni Syurga.

Maka, di sini kami tampilkan dan sebarkan buku ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net