Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bagaimana Bila Penguasa Zalim

Bagaimana Bila Penguasa Zalim
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM23.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bagaimana Bila Penguasa Zalim | Judul Asal ('Arab): Mu'ammalatul Hukkam fii Dahwil Kitabi was-Sunnah | Penulis: Syaikh Abdus Salam Barjas rahimahullah | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 300g | Muka Surat: 204m/s.


Amar ma’ruf nahi mungkar adalah tugas yang mulia, yang kerananya umat ini menjadi umat terbaik. Penerapannya harus diiringi dengan ilmu supaya dapat berjalan dengan baik dan efektif, tidak tersilap dan menyimpang.
 
Perlu diakui bahawa kehadiran penguasa dan pemimpin adalah keperluan yang amat penting dan fitrah bagi setiap manusia selaku makhluk yang hidup bermasyarakat. Ini adalah supaya kehidupan mereka berjalan dengan tersusun, bukan seperti gaya hidup makhluk di hutan rimba belantara. Bukan juga sebagaimana yang pernah berlaku di era zaman jahiliyah.
 
Tetapi, dalam masa yang sama, penguasa bukanlah orang yang maksum dan bebas dari segala dosa dan kesalahan. Sehingga ada pula yang zalim dan bengis! Adakah dengan demikian, penguasa yang zalim tersebut wajib dibenci, dimusuhi, dan ditentang secara emosi dan membabi-buta begitu saja. Bagaimana timbangan maslahah dan mudharatnya? Bagaimana solusi yang dianjurkan oleh sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam?
 
Oleh itu, buku ini menghuraikan secara terperinci tentang bagaimana berinteraksi dan bermuamalah dengan penguasa sama ada yang adil dan zalim. Syaikh 'Abdus Salam Barjas rahimahullah memberi pencerahan kepada kita bagaimana seharusnya bersikap terhadap mereka, supaya ketidak-puasan hati, kritikan, saranan, dan nasihat yang akan kita sampaikan tidak menjadi melampaui batas-batas syara' bagi mengelakkan pelbagai kemudharatan. Buku ini mengupas isu ini berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an as-sunnah, pandangan para ulama tafsir dan ahli hadis, ulama mazhab, dan pedoman sejarah umat Islam.
 
Di antara fokus yang dikemukakan oleh penulis melalui buku ini adalah sekitar penjelasan masih wujudkan negara dan pemerintah Islam pada hari ini, siapakah yang diamaksudkan sebagai pemerintah Islam, bagaimana menyikapi berbilangnya negara umat Islam, adab-adab dalam mentaati pemerintah, adab dalam menasihati pemerintah, dan sekitar hukum mengkritik dan mencela pemerintah secara terbuka juga turut dibahaskan dengan ilmiyah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net