Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah Para Wanita Mulia

Kisah Para Wanita Mulia
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14.3 x 0.8

ISBN: 9789793407470
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah Para Wanita Mulia | Judul Asal (‘Arab): Nisa’ Lahunna Mawaqif | Penulis/Penyusun: Azhari Ahmad Mahmud | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Abdillah Lc. | Penerbit: darul Haq | Berat: 188g | Muka Surat: 152 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.9cm (tinggi) x 14.3cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN: 978-979-3407-47-0 |


Islam sangat memuliakan wanita dan prihatin dengan sebaik-baik perhatian. Dalam naungan Islam, wanita mendapat kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Bila para wanita terdidik dengan baik dalam pangkuan Islam, maka mereka akan menjadi sebaik-baik wanita yang ada di muka bumi, dan memang itulah yang terjadi dalam sejarah umat manusia. Betapa sering sejarah mencatat keutamaan dan keperibadian mereka yang menakjubkan, keberanian dan keteguhan mereka yang tiada duanya, dan semangat mereka yang luar biasa dalam membela kebenaran.

Buku ini merupakan salah satu di antara sekian banyak buku yang menceritakan kisah-kisah teladan dari puteri-puteri Islam yang mulia. Di dalamnya tercantum 14 kisah perjalanan hidup dari para wanita yang telah meraih kemuliaan yang tinggi dan menjadi suri teladan sejati bagi generasi wanita solehah, para wanita yang nama mereka harum mewangi dan kisah hidup mereka diabadikan oleh sejarah dengan tinta emas, para wanita yang kelemahan fizikal mereka tidak menghalangi mereka untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan memperlihatkan sikap-sikap yang luhur, sehingga mereka menjadi potret sejati bagi para wanita kaum Muslimin.

Buku ini tidak hanya sesuai untuk kaum wanita, tetapi turut sangat bermanfaat untuk kaum lelaki. Untuk kaum wanita, maka apa yang tertulis dalam buku ini dapat menjadi motivasi bagi mereka untuk meneladani para wanita yang mulia tersebut. Sedangkan bagi kaum lelaki, maka mereka dapat menanamkan nilai-nilai luhur tersebut kepada para isteri, anak-anak perempuan, dan saudari-saudari mereka.

Di antara wanita yang dipaparkan kisahnya melalui buku ini adalah:

1, Asiyah binti Muzahim, perempuan yang melihat rumahnya di Syurga.

2, Khadijah binti Khuwailid.

3, Sumayyah binti Khayyath.

4, Ummu Habibah.

5, Shafiyyah binti Abdul Muththalib.

6, ‘Aisyah binti Abu Bakr.

7, Ummu Kultsum binti ‘Uqbah.

8, Ummu Sulaim.

9, Asma’ binti Abu Bakr.

10, Ummu Darda’.

11, Hafshah binti Sirin.

12, Mu’adzah bin ‘Abdullah Al-Adawiyyah.

13, dan beberapa lagi yang lainnya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net