Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari Jilid 28 (Kitab Al-Maghaazii)

Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari Jilid 28 (Kitab Al-Maghaazii)
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 17.8 x 3.2

ISBN: 9786028062985
Availability: In Stock
Price: RM68.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari Jilid 28 (Kitab Al-Maghaazii), Hadits no. 3949-4124 | Judul Asal (‘Arab): Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari | Penulis/Penyusun: Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Tahqiq/Takhrij: Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin ‘Abdullah bin Baz dan muridnya ‘Ali bin ‘Abdul Aziz Asy-Syibl | Penterjemah: Ahmad Yunus, M.Si dan Abdillah Lc. | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1069g | Muka Surat: 586 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 17.8cm (lebar) x 3.2cm (tebal) | ISBN: 978-602-8062-98-5 |


Kitab Fathul Bari ini adalah antara karya agung milik Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). Ia memiliki kedudukan yang tinggi sebagai salah satu rujukan besar dunia ahli sunnah wal-jama’ah sehingga ke hari ini.

Perbahasannya begitu teliti lagi mendalam dalam memberi syarah, huraian, dan penjelasan terhadap hadis-hadis yang dihimpunkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) dalam kitab Shahih-nya.

Shahih Al-Bukhari adalah sebuah kitab hadis yang paling sahih sehingga diberi julukan kitab paling sahih di dunia selepas Kitab Allah (Al-Qur’an Al-Karim). Sumbangan dan usaha beliau ini begitu berharga lagi bernilai tinggi dalam dunia Islam. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang banyak.

Kitab Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari

Kitab Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari ini disusun oleh Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah selama sekitar tempoh 25 tahun. Beliau telah memulakan usaha besar ini pada tahun 817 Hijrah di usia beliau 44 tahun secara Al-imla’, seterusnya beliau menulis sedikit demi sedikit dan merujuk kepada para ulama’ pada setiap minggu sehinggalah selesai pada awal bulan Rejab tahun 842 Hijrah iaitu 10 tahun sebelum kewafatan beliau. Beliau sentiasa membuat penambah-baikkan terhadap karya ini sehinggalah beliau wafat.

Kitab Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari ini asalnya mengandungi 13 jilid (dalam bahasa ‘Arab) setelah dicetak selain dari kitab Hadyu As-Sari yang merupakan muqaddimah kepada karya ini yang mana mengandungi 10 fasal perbahasan berkaitan Shahih Al-Bukhari. Ia pertama kali dicetak dan diterbitkan pada tahun 1986 di bawah percetakan atau penerbitan Daar Ar-Rayyaan li At-Turats, Kaherah (Mesir).

Kitab ini adalah antara yang termasyhur, menduduki tempat pertama, dan menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh hadis-hadis kitab Shahih Al-Bukhari sehingga hari ini. Melalui kitab Fathul Bari ini, beliau (Al-Hafiz Ibnu Hajar) berusaha sedaya upaya bersesuaian dengan kapasiti ilmunya; beliau mensyarahkan, menghuraikan dan memberi penjelasan hadis-hadis yang terhimpun dalam sebuah kitab Shahih susunan Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H).

Beliau memberi penjelasan tentang jalan-jalan (turuq) datangnya hadis, sanad-sanadnya dan para perawinya. Kemudian beliau menjelaskan kaitan setiap bab atau tajuk-tajuk perbahasan yang diletakkan oleh Al-Imam Al-Bukhari di dalam Shahihnya dan kaitannya dengan hadis-hadis yang diletakkan di bawah bab-bab tersebut. Beliau juga menjelaskan kaedah istidlal dan fiqh Al-Imam Al-Bukhari berdasarkan tajuk dan hadis-hadis yang diletakkan tersebut. Di samping itu, beliau juga turut menjelaskan permasalahan lughah (bahasa), i’rabbalaghah, sastera, nahwu, qira’at, dan kaedah penyebutan sesuatu kata dalam rangkaian hadis dan bab-bab tersebut.

Setelah itu, di dalam huraian dan penjelasan fiqh al-hadis tersebut, beliau turut berusaha membawakan pelbagai perbezaan pandangan yang wujud sekiranya ada di antara para ulama sezaman beliau atau yang sebelumnya sama ada dari kalangan ulama mazhab beliau (mazhab Asy-Syafi’i) atau dari kalangan mazhab-mazhab selainnya. Kemudian beliau jelaskan pula pendapat yang terkuat di antara pendapat-pendapat yang wujud tersebut. Dalam menguatkan salah satu atau sebahagian pandangan-pandangan tersebut, beliau juga turut membawakan sama hadis-hadis lain sebagai pendukung berserta atsar-atsar para sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in atau selainnya dengan disertakan darjat (atau status) kesahihannya di sisi beliau.

Tidak cukup sekadar itu, kemudian beliau tinggalkan perbahasan beliau dengan kesimpulan yang baik berserta faedah-faedah yang dapat dikutip dari setiap hadis yang beliau huraikan.

Kitab Fathul Bari ini amat istimewa kerana ia membahaskan dan menghuraikan sebuah kitab hadis yang ulung dan merupakan kitab paling sahih di muka bumi ini setelah Al-Qur’an Al-Kariim.

Perbahasannya merangkumi pelbagai cabang agama bermula dari aspek muqaddimah dan pengenalan dalam bidang hadis, fiqh, dan ushul fiqh, kemudian penulisannya memasuki perbahasan hadis-hadis Shahih Al-Bukhari yang merangkumi perbahasan ‘aqidah, iman, wahyu, ilmu, thaharah, mandi, tayammum, azan, solat, masjid, solat berjama’ah, tatacara solat, solat-solat sunnah, solat Juma’at, ‘Ied dan solat hari raya, pengurusan jenazah, haji dan ‘umrah, puasa, zakat, jual-beli, hutang-piutang, al-wakaalah, wasiat, sumpah, saksi, perdamaian, jihad, jizyah, kitab para nabi, al-manaaqibfadhail ash-shohabah, peperangan, tafsir, fadhail al-qur’an, kitab nikah, kekeluargaan, korban, aqiqah, sembelihan, kitab makanan dan minuman, perubatan, pakaian, adab, doa dan dzikir, ar-riqaaqal-qadr, nazdzar, fara’idh, kifarah, hudud, diyaat, kitaab al-fitaan, al-ahkam (hukum ahkam), khabar wahid (hadis ahad), kitab as-sunnah, dan ditutup dengan perbahasan tauhid. Juga banyak lagi cabang-cabang perbahasan lainnya yang cukup luas yang tidak mungkin dapat diungkapkan di ruang singkat ini melainkan dengan melihat dan menela’ahnya sendiri. Padanya memuatkan faedah dan ilmu yang sangat berharga.. Wallahu a’lam.

Dan kini alhamdulillah, kitab besar dengan lautan manfaat ini telah pun diterjemahkan satu jilid demi satu jilid, satu bab perbahasan demi satu bab perbahasan secara lengkap. Dan hasilnya kini tampak di hadapan kita semua. Walhamdulillah...

Bagi jilid yang ke-28, edisi terjemahan ini membentangkan perbahasan hadis-hadis Al-Maghazi (peperangan).

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net