Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pengantar Studi Perbandingan Mazhab

Pengantar Studi Perbandingan Mazhab
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.7 x 15.4 x 1.8

ISBN: 9786027637153
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pengantar Studi Perbandingan Mazhab | Judul Asal (‘Arab): Minhaj Ath-Thalib fi Al-Muqaranah baina Al-Madzahib | Penyusun/Penulis: Dr. ‘Abdussami’ Ahmad Imam | Syarah (penjelasan hadis-hadis): Penulis | Penterjemah: Yasir Maqosid | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 494g | Muka Surat: 406 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.7cm (tinggi) x 15.4cm (lebar) x 1.8cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-15-3 |


Di dalam hukum islam, banyak kita temukan perbezaan pendapat para ulama dalam menyikapi sesuatu permasalahan. Lalu, dari perbezaan yang terhasil tersebut, melahirkan pula ilmu-ilmu perbandingan hasil ijtihad para fuqaha’ tersebut yang dikenal dengan istilah “Perbandingan Mazhab”.

Ilmu atau studi perbandingan mazhab merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan dalam rangka mengumpulkan pendapat-pendapat para imam mujtahid berserta dengan dalil-dalilnya tentang sesuatu permasalahan yang diperselisihkan, kemudian membandingkan pendapat-pendapat tersebut berserta dengan dalil-dalil yang digunakan antara satu sama lainnya, agar setelah diteliti secara mendalam akan dapat dilihat pendapat mana yang paling jelas kedudukannya. Kajian berkatan perbandingan mazhab memuatkan beberapa hal yang berkaitan dengan makna dan objek perbandingan mazhab; yakni dari sisi perkembangan, manfaat, dan sebab-sebab terjadinya perselisihan diikuti contoh-contohnya.

Buku ini membahaskan tentang makna dan objek perbandingan mazhab, perkembangannya, manfaat, dan sebab-sebab perbandingan mazhab serta contoh-contohnya. Tujuan dari buku ini adalah untuk memudahkan para pembaca dan juga mahasiswa, yakni kalangan penuntut ilmu (khasnya kursus Syari’ah Islamiyyah) dalam mendalami pendapat-pendapat para imam mazhab dalam pelbagai masalah yang diperselisihkan hukumnya disertai dalil-dalil atau alasan yang dijadikan dasar bagi setiap pendapat dan cara istinbath dari dalilnya oleh mereka.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net