Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Hadits Arbain, Penjelasan 40 Hadits Inti Ajaran Islam

Syarah Hadits Arbain, Penjelasan 40 Hadits Inti Ajaran Islam
Syarah Hadits Arbain, Penjelasan 40 Hadits Inti Ajaran Islam
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 17.8 x 2.8

ISBN: 9786027637153
Availability: In Stock
Price: RM56.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Hadits Arba’in, Penjelasan 40 Hadits Inti Ajaran Islam | Judul Asal (‘Arab): Syarhu Al-Arba’in An-Nawawiyyah | Penyusun Asal: Al-Imam An-Nawawi rahimahullah | Syarah (penjelasan hadis-hadis): Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 950g | Muka Surat: 527 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 17.8cm (lebar) x 2.8cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-15-3 |


Buku Al-Arba’in Haditsan An-Nawawiyyah, ia lebih dikenali dengan nama Hadis Arba’in Imam Nawawi atau Hadis Empat Puluh. Disusun oleh Al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H/1277M). Kitab ini merupakan sebuah karya yang sangat terkenal sejak dulu hingga kini. Di dalamnya beliau menghimpunkan 42 hadis yang merangkumi tunjang-tunjang penting serta aspek-aspek utama agama Islam (atau disebut sebagai hadis-hadis Jawami’ul Kalim). Setiap hadis-hadis yang dihimpunkan pada kitab ini bersifat merangkum banyak perkara namun dalam bentuk ringkas dan padat. Terlalu banyak pujian dan sanjungan dari para ulama sejak dahulu hingga kini terhadap karya ini.

Mengingat betapa pentingnya hadis-hadis yang terkandung di dalam karya Al-Imam An-Nawawi ini, para ulama mewasiatkan (menasihatkan) kepada setiap kaum Muslimin khasnya para penuntut ilmu supaya menghafal dan memahaminya. Tidak sedikit ulama dari dahulu hingga kini yang mensyarahkan dan memperjelaskan kandungan karya Al-Imam An-Nawawi ini supaya manfaatnya tersebar.

Kitab ini pula adalah merupakan salah satu dari sekian banyak Syarah atau penjelasan dari kandungan Hadis Arba’in Nawawi yang ada. Kitab syarah bagi hadis-hadis susunan Imam Nawawi ini dikarang oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin rahimahullah. Dengan keupayaan dan kemampuannya sebagai salah seorang ulama besar zaman ini yang telah diperakui kefaqihannya, keluasan dan kedalaman ilmunya, beliau tampil menjelaskan hadis demi hadis dengan begitu teliti dan terperinci. Perkataan demi perkataan beliau sentuh dengan mendalam, jelas, dan sistematik. Setiap penjelasan, beliau letakkan kesimpulan dan faedah-faedah yang penting. Tanpa diragukan, kami turut mencadangkan buku ini (yakni Syarah oleh Syaikh Ibn ‘Utsaimin ini) untuk anda sebagai sebuah penjelasan yang baik ke atas hadis-hadis yang disusun oleh Imam An-Nawawi di dalam Kitabnya Al-Arba’in An-Nawawiyyah (Hadis 40).

Di antara letak keistimewaan syarah oleh Syaikh Ibn ‘Utsaimin ini adalah penjelasannya yang banyak menyentuh dan mengaitkan dengan permasalahan atau isu-isu besar masa kini, di samping itu beliau tidak mengabaikan untuk menanamkan asas-asas penting sebagai seorang muslim dalam menyikapi setiap keadaan yang terjadi. Sehingga menjadikan syarah dan penjelasan beliau kelihatan hidup, penuh manfaat, dan mudah difahami oleh para pembaca baik dari kalangan awam, penuntut ilmu dan ahli ilmu.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net