Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kecantikan Wanita Dalam Perspektif Islam

Kecantikan Wanita Dalam Perspektif Islam
Terbitan: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Product Code: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 18.5 x 15.5 x 0.9

ISBN: 9789791522663
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kecantikan Wanita Dalam Perspektif Islam | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Ummu Ihsan & Abu Ihsan Al-Atsari | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Adz-Dzahabi | Berat: 189g | Muka Surat: 139 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 18.5cm (tinggi) x 15.5cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-979-152-26-6-3 |


Kerap wanita diidentikkan dengan keindahan dan kecantikan. Wajar saja jika kaum hawa tak lepas dari keinginan untuk selalu terlihat cantik. Demi tampil memukau mereka sanggup mempertaruh waktu, tenaga bahkan biaya yang bukan sedikit. Tapi sayang, banyak wanita yang hanya fokus perhatiannya kepada kecantikan fizikal semata.

Padahal sehebat apapun kecantiikan fizikal seseorang tanpa diiringi dengan kecantikan hati, maka kecantikannya tidak akan bernilai di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan tidak bernilai dalam pandangan manusia yang masih lurus fitrahnya. Kecantikan fizikal akan segera sirna seiring berlalunya masa muda. Sedangkan kecantikan hati akan dikenang sepanjang masa.

Rahsia kecantikan muslimah adalah dengan memadukan antara kecantikan fizikal dengan kecantikan ruhani. Hingga kecantikannya benar-benar menjadi perhiasan dunia yang sesungguhnya.

Itulah sifat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala sematkan bagi bidadari-bidadari dari surga:

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ (70)

“Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Surah Ar-Rahman, 55: 70)

Ketika menggambarkan kecantikan mereka yang sempurna, Allah Subhanahu wa Ta’ala memulainya dengan penyebutan “khairaat” (kecantikan batin dan budi pekerti) kemudian baru disebutkan “hisaan” (kecantikan fizikal).

Agar kita tahu bahawa wanita yang memiliki kecantikan bathin dan budi pekerti itu adalah lebih baik, lebih berharga dan lebih tinggi kedudukannya berbanding wanita yang hanya sekadar memiliki kecantikan fizikal.

Islam adalah agama yang sempurna. Tidak akan ada satu sisi pun dari kehidupan manusia yang terluput dalam ajaran Islam. Termasuk masalah kecantikan wanita. Islam telah memberikan panduan yang jelas bagi setiap wanita yang ingin menemukan kecantikan sejati dalam dirinya. Sama ada kecantikan fizikal mahupun kecantikan ruhani.

Dengan memohon pertolongan Allah ‘Azza wa Jalla, kami berusaha merangkum panduan tersebut, dengan harapan agar saudariku muslimah memiliki pandangan yang benar tentang kecantikan dan mendapat acuan yang jelas untuk meraihnya.

Ya Allah, jadikahlah amal ini semata-mata mengharap wajah-Mu, berguna bagi hamba-hamba-Mu serta  menjadi buah ketaatan, tabungan pahala bagi kami, Yaa Hayyu Yaa Qayyuum Yaa Dzaal Jalaali Wal Ikraam.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net