Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sifat Shalat Nabi Edisi Lengkap

Sifat Shalat Nabi Edisi Lengkap
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu (3(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 9

ISBN: 9789792409178
Availability: In Stock
Price: RM175.00 RM148.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sifat Shalat Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam Edisi Lengkap | Judul Asal (‘Arab): Ashlu Sifati Sholatin Nabi | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 3kg | Muka Surat: 3 Jilid lengkap. (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Enterprise. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]


Kitab solat berdasarkan hadis-hadis sahih yang dibukukan dan dibahaskan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani ini adalah merupakan sebuah kitab yang sangat baik dan ilmiyah buat para pembaca, pengkaji, dan pendidik yang mementingkan kualiti solat yang benar. Penulis, iaitu Syaikh Al-Albani rahimahullah merupakan seorang ulama Hadis yang diperakui keilmuannya, manpan dengan hujah, dan maklum terkenal pada era ini.

Melalui tulisan ini, beliau mengajak anda menerobos suatu sempadan perbahasan yang kian diabaikan oleh kebanyakan orang, iaitu perbahasan dan kupasan mendalam tentang tatacara solat dalam bentuk yang lebih segar dan ilmiyah. Segar dari sumbernya, iaitu berdasarkan hadis-hadis yang sahih dengan menghimpunkannya dari kitab-kitab hadis yang utama.

Kemudian, ia digarap dengan manhaj perbahasan hadis dan fiqh yang cukup mengkagumkan. Ia membawakan corak perbahasan berbentuk penjelasan, pencerahan, dan juga bantahan kepada pendapat-pendapat yang meragukan dan tidak sahih.

Kepada anda yang amat mementingkan kitab-kitab ilmiyah, maka inilah salah satu kitab yang tidak patut dilepaskan dari memilikinya. Kitab ini mempersembahan kupasan praktikal tatacara solat dengan begitu detail, sunnah-sunnah solat yang dinilai sahih, iaitu dari persoalan menghadap kiblat, takbir, takbiratul ihram, sehinggalah kepada salam. Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani menulis kitab ini adalah dalam rangka mengajak kita semua melaksanakan praktikal solat dengan berpandukan tatacara solat yang sahih tsabit sebagaimana apa yang dijelaskan oleh hadis-hadis sahih. Sekiranya sebelum ini kita tidak pernah mendengar dari mana datangnya bersolat mesti dimulakan dengan takbir, bersolat mesti dengan berdiri (qiyam), mesti dengan sujud, mesti dengan ruku’ dan seterusnya, maka buku inilah jawabannya. Turut dikupas adalah senarai bacaan-bacaan solat yang disunnahkan dan diwajibkan dibaca di dalam solat berdasarkan hadis-hadis yang sahih. Dan semua praktikal tersebut dijelaskan dengan terperinci bahawasanya ia adalah dari tunjuk ajar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.”

Dari itu, tidak dapat tidak, untuk melihat tatacara solat nabi yang sebenar, adalah dengan mengembalikannya kepada hadis-hadis nabi yang sahih itu sendiri. Hadis-hadis nabi-lah yang telah merakamkan sunnah-sunnah praktikal solat secara terprinci.

Buku ini membentangkan setiap perincian praktikal solat berdasarkan hadis-hadis yang lengkap dengan perbahasan status hadis. Buku ini menjadi salah sebuah hasil tulisan yang cukup ilmiyah apabila setiap hadis yang diutarakan disertakan dengan perbahasan sanad dan status hadis dengan begitu mendalam lagi terperinci akan kesahihan atau kelemahannya. Yang mana dengan setiap perincian tersebut menguatkan apa yang dibentangkan dan mengelakkan keragu-raguan.

Maka, sesiapa yang mahukan sebuah perbahasan praktikal solat yang segar secara terus sahih daripada sumbernya (iaitu berpandu dalil-dalil berupa hadis-hadis nabi), dikuatkan pula dengan dukungan tokoh-tokoh atau fatwa-fatwa ulama mazhab generasi awal yang konpenten, maka inilah bukunya. Ia merungkai segala persolan kenapa praktikal sesebuah perlaksanaan solat itu demikian, mesti bermula dengan menghadap kiblat, niat, takbir, qiyam, meletakkan tangan di dada (atau bersedekap), tatacara turun sujud, tatacara berdiri, tatacara i’tidal yang betul, tuma’ninah, ruku’, duduk antara dua sujud, sujud, ada tahiyat, sehinggalah kepada salam.

Selain itu, buku ini juga boleh diperolehi dalam edisi revisi yang telah diringkaskan perbahasan sanad-sanad hadisnya dengan mengemukakan hadis-hadis sahaja sebagai hujjah bersertakan rujukannya secara ringkas (tanpa perbahasan status hadis yang panjang berjela-jela yang mungkin memberatkan bagi sebahagian pemula atau golongan awam). Ia boleh dilihat di sini: Sifat Solat Nabi Edisi Revisi (Klik).
 
 
 
 
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net