Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Kesalahan Dalam Ibadah

Ensiklopedi Kesalahan Dalam Ibadah
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 17.6 x 2.9

ISBN: 9786027637139
Availability: In Stock
Price: RM49.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Kesalahan Dalam Ibadah | Judul Asal (‘Arab): Al-Kalimatu An-Nafi’atu fil Akhthai Asy-Syai’ati | Penulis/Penyusun: Syaikh Wahid ‘Abdussalam Bali | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Muhammad Isa Anshory | Penerbit: Ummul Qura’ | Berat: 680g | Muka Surat: 456 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 17.6cm (lebar) x 2.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-13-9 |


Setiap daripada kita tentu tidak mahu sekiranya apa yang kita amalkan dari setiap amal-amal kita sehari-hari menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan menghabiskan segenap qudrat untuk melakukan dengan sebaik-baiknya.

Tentu kita amat bimbang menjadi orang-orang yang sia-sia amalannya lalu menjadilah kita orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah perlu kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi amalannya?” Iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi, 18: 103-104)

Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H), “Ayat ini bersifat umum mencakupi setiap orang yang beribadah kepada Allah tetapi tidak menggunakan cara yang diredhai-Nya. Mereka beranggapan apa yang dilakukannya telah benar dan amal perbuatannya akan diterima, tetapi rupanya sangkaan mereka meleset dan amalnya pun ditolak.

Firman Allah, “... orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia...” Maksudnya, mengerjakan amal yang bathil yang tidak bersesuaian dengan syari’at yang telah ditetapkan dan diredhai serta diterima.

Firman Allah, “... sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” Maksudnya, mereka menyangka bahawa mereka akan mendapat suatu manfaat dan mereka menyangka mereka adalah orang-orang yang diterima amalnya dan dicintai oleh Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/202)

Kata Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:

وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ

“Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatkannya.” (Sunan Ad-Darimi, no. 210)

Pada hari ini ramai dari kalangan kita berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan semaksima yang mungkin. Yang mana supaya dengan amal-amal tersebut dapat membantu kita untuk meraih keredhaan dan rahmat dari-Nya.

Umumnya, ia adalah sikap yang sangat positif dan perlu dipandang baik. Di saat banyaknya kelompok manusia yang mengabaikan amal-amal ibadah sama ada yang wajib, fardhu, atau sunnah, sikap sebahagian umat Islam lainnya yang berlumba-lumba dalam beramal kebaikan adalah wajar diikuti dan dicontohi.

Namun, dalam keghairahan kita beramal dan beribadah, adakalanya kita mungkin terlupa beberapa aspek utama yang menjadi tunjang diterimanya sesuatu amalan tersebut.

Agar Amalan Diterima

Fudhail B. ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:

إنَّ العملَ إذا كان خالصاً، ولم يكن صواباً، لم يقبل، وإذا كان صواباً، ولم يكن خالصاً، لم يقبل حتّى يكونَ خالصاً صواباً، والخالصُ إذا كان لله عز وجل، والصَّوابُ إذا كان على السُّنَّة

“Apabila amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak dilakukan dengan benar (tidak menepati sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), amalan tersebut tidak diterima.

Demikian juga apabila suatu amalan dilakukan dengan benar (mengikuti sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) tetapi tidak ikhlas, amalan tersebut juga tidak diterima sampailah ia ikhlas dan benar.

Ikhlas adalah apabila amalan tersebut dilakukan semata-mata kerana Allah ‘azza wa Jalla, dan benar ialah jika amal perbuatan tersebut bertepatan dengan sunnah.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ ul-Ulum wa al-Hikam)

Sa’id bin Jubair rahimahullah (Wafat: 95H) berkata:

لا يقبل قول وعمل إلا بنية، ولا يقبل قول وعمل ونية إلا بموافقة السنة

“Tidak akan diterima ucapan dan amalan melainkan dengan niat (lahir dari hati kerana Allah). Dan tidak akan diterima ucapan, amalan, dan niat melainkan apabila bersesuaian dengan as-Sunnah.” (Ibnu Taimiyah, al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil munkar, m/s. 64)

Amalan Yang Keliru

Alhamdulillah, ini adalah sebuah buku yang menghimpunkan lebih dari 400 bentuk amalan yang sering dilakukan oleh sebahagian umat Islam, namun hakikatnya mereka telah keliru dan salah. Kerana amal-amal yang mereka usahakan tersebut tidak bertepatan dengan apa yang terdapat dalam petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Maka dalam buku ini, selain penulis menghimpunkannya, penulis juga turut menjelaskan di mana letak duduk kekeliruan amalan-amalan tersebut dengan dalil-dalil yang memuaskan. Lalu penulis jelaskan pula bagaimana yang benar dan seharusnya.

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang keliru dalam pelbagai lapangan mencakupi ‘aqidah, thaharah (bersuci), adzan & iqamah, kesalahan berhubung dengan masjid, kesalahan-kesalahan berhubung dengan solat, dan beberapa yang lain. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net