Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Saudariku, Berhiaslah Dengan Iffah

Saudariku, Berhiaslah Dengan Iffah
Terbitan: Pustaka Ibnu Abbas
Product Code: Pustaka Ibnu Abbas
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14.4 x 11 x 0.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Saudariku, Berhiaslah Dengan Iffah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Ari Mardiah Joban Ummu Ahmad | Tahqiq/Takhrij: Penyusun| Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Abbas | Berat: 118g | Muka Surat: 163 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 14.4cm (tinggi) x 11.0cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: - |


Iffah merupakan akhlak keimanan yang tinggi bagi seorang mu’min dan mu’minah, dan buah dari keimanan kepada Allah. Sifat ‘iffah mendidik diri untuk menjauhi perkara-perkara buruk yang dapat menodai etika atau akhlak peribadi seseorang. ‘Iffah membantu jiwa dan hawa nafsu untuk tetap berpegang-teguh kepada perbuatan baik, dan menumbuhkan pelbagai kebaikan dalam masyarakat.

‘Iffah secara bahasa adalah:

الكَفُّ عَمَّا لاَ يَنْبَغِي.

“Menahan diri dari sesuatu yang tidak sepatutnya.”

‘Iffah secara istilah pula adalah:

تَنْزِيْنَهُ النَّفْسِ وَضَبْطُهَا عَنِ الاِنْسِيَاقِ وَرَاءَ الشَّهْوَاتِ, وَالكَفُّ عَنِ المُحَرَّمَاتِ وَسُؤَالِ النَّاسِ عَلَى وَجْهِ الاِسْتِجْدَاءِ.

“Mensucikan diri dan memegang jiwa dari terjerumus ke dalam syahwat, menahan diri dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah dan juga menahan diri dari meminta-minta kepada manusia.”

Orang yang memiliki sifat ‘iffah disebut sebagai seorang yang ‘afif bagi lelaki, manakala bagi wanita disebut ‘afifah.

Setiap wanita muslimah wajib memiliki sifat dan akhlak ‘iffah.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika seorang wanita tidak memiliki rasa kemuliaan dan kehormatan diri.

Seorang muslimah yang bijak adalah yang mampu memahami akibat yang ditimbulkan dari suatu perkara yang tidak selayaknya dan mampu memahami cara-cara yang ditempuh orang-orang jahil untuk menyesatkan dan meyimpangkannya seraya dia pun menjauhinya dengan sedaya-upayanya.

Dia mengetahui bahawa harta dan kehormatannya adalah sesuatu yang sangat mahal dan ‘iffah-nya adalah sesuatu yang sangat mulia lagi berharga.

Usaha yang dilakukan dalam rangka menjaga ‘iffah bukanlah usaha yang ringan. Ianya memerlukan didikan, waktu, kesungguhan dan perlu perjuangan jiwa yang sungguh-sungguh dengan sentiasa memohon pertolongan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri selalu berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, ‘iffah, dan kecukupan.” (Shahih Muslim, no. 6842)

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net