Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Umdatul Ahkam oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin

Syarah Umdatul Ahkam oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin
Syarah Umdatul Ahkam oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 16.6 x 4.1

ISBN: 9789792409422
Availability: In Stock
Price: RM88.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah ‘Umdatul Ahkam oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin | Judul Asal (‘Arab): Tanbihul Afham bi Syarhi ‘Umdatil Ahkam | Penulis/Penyusun: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: Team Penerbit | Penterjemah: Amiruddin Djalil | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 1384g | Muka Surat: 857 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.1cm (tinggi) x 16.6cm (lebar) x 4.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-2409-42-2 |


Islam adalah agama yang keasliannya tetap terjaga sampai hari Kiamat. Landasan Al-Qur’an dan As-Sunnah merupakan dua perkara yang apabila kita pegang dengan teguh, maka dengannya kita dapat menjalankan agama ini dengan lurus, serta membawa kita menuju jalan keselamatan. Warisan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berupa hadis-hadis yang mulia yang diriwayatkan oleh para Shahabat, kemudian seterusnya diteliti dan dijaga keasliannya oleh para ulama hadis merupakan peninggalan yang sangat berharga. Hingga kini, kita dapat terus membaca, menghafal serta mengamalkan hadis-hadis tersebut dengan pelbagai kemudahan yang tersedia di zaman ini.

Di antara kitab-kitab hadis yang memuatkan pelbagai macam hadis yang mulia adalah kita ‘Umdatul Ahkam. Kitab ini disusun oleh Al-Imam ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi rahimahullah. Beliau lahir di Jama’il (sebuah daerah di Palestin) dekat dengan Baitul Maqdis pada tahun 514H dan tumbuh membesar dalam lingkungan keluarga berilmu yang beramal dan menyebarkan Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal di di Syam.

Kitab berharga ini disyarah oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullah. Beliau dikenal sebagai ulama yang memiliki sifat yang mulia, akhlak yang terpuji, serta sentiasa menggabungkan antara ilmu dan amal. Sebagai bentuk penzahiran terhadap ilmu dan pengabdian atau sumbangan beliau bagi dunia Islam. Pada tahun 1414H, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin pernah diberi penghargaan di peringkat antarabangsa daripada Raja Faishal. Beliau sentiasa terlibat aktif dalam pelbagai lapangan ilmu baik di bidang pengajaran, penulisan, imam, khutbah dan fatwa, serta aktif dalam pelbagai aktiviti organisasi mahupun kegiatan-kegiatan sosial lainnya.

Kitab ini memuatkan sekitar 247 hadis yang disusun secara sistematik berdasarkan tema besar dalam bab-bab perbahasannya. Ia merupakan hadis-hadis sahih dari kitab Shahih Al-Bukhari dan Muslim yang merupakan hadis-hadis asas dan dasar dalam setiap cabang perbahasan feqah empat mazhab.

Selanjutnya hadis-hadis tersebut diperjelas dan dihuraikan secara mudah dan terperinci yang dimulakan dengan pengenalan terhadap biografi ringkas rawi-rawi hadisnya. Pada bahagian ini kita akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh para Shahabat serta sebahagian dari keutamaan-keutamaan mereka. Kemudian dipaparkan pula tentang penjelasan bab-bab hadis yang akan memberikan gambaran umum kepada kita tentang hadis-hadis yang akan dibahaskan tersebut. Selanjutnya kita akan diajak untuk menelusuri perkataan-perkataan (atau kalimat-kalimat) yang digunakan dalam hadis-hadis tersebut diikuti penjelasannya, dan tidak ketinggalan pula biografi dari nama-nama yang disebutkan dalam hadis-hadis tersebut.

Selanjutnya secara global, kita akan mendapatkan pula penjelasan tentang kandungan hadis-hadis yang dibahaskan, lalu diteruskan pula dengan fiqh hadis dan faedah-faedah dari hadis-hadis tersebut yang dipaparkan dalam bentuk poin-poin ringkas namun padat dan jelas sehingga sangat memudahkan kita untuk memahami setiap bahasan yang dibawakan di dalamnya. Pada bahagian ini kita akan mendapati bahawa setiap hadis-hadis memiliki kandungan yang sangat dalam, bukan hanya sebatas penjelasan mengenai hukum-hukum peribadahan yang menjadi fokus perbahasannya, tetapi juga berisi faedah-faedah lainnya, misalnya terkait keutamaan dan contoh teladan dari para Sahabat, perawi hadis atau hal yang dibicarakan dalam hadis-hadis tersebut. Kemudian mencakup pula tentang adab dan akhlak, yang juga menunjukkan keteladanan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta keagungan dan kesempurnaan Islam. Selain itu, beberapa hadis juga dilengkapi tambahan catatan pelengkap, berupa perbezaan dan cara menggabungkannya, hal-hal yang perlu diperhatikan dalam hadis tersebut, bahkan tentang kemusykilan dan jawabannya.

Menyelami penjelasan hadis-hadis yang dipaparkan dalam Syarah ‘Umdatul Ahkam ini akan mengajak kita untuk mendalami keindahan dari sebaik-baik warisan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dan menelusuri paparan hadis-hadis dalam kitab ‘Umdatul Ahkam ini, serta mendalami penjelasan-penjelasan yang terdapat di dalamnya akan memberikan kepada kita kemanfaatan yang begitu besar. Bukan hanya terkait pada persoalan fiqh dari pelbagai bentuk ibadah yang memang wajib kita laksanakan dengan berlandaskan ilmu, namun juga akan kita dapati banyaknya faedah-faedah yang penting tentang agama yang mulia ini.

Pada Muqaddimah kitab ini, Syaikh Al-‘Utsaimin menyatakan:

“Ini adalah penjelasan kitab “‘Umdatul Ahkam min Kalami Khairil Anaam” yang ditulis oleh Al-Hafiz Al-‘Alim Abu Muhammad ‘Abdul Ghani bin ‘Abdirrahman Al-Maqdisi. Beliau rahimahullah dilahirkan di daerah Jama’il di pergunungan Nabilis pada bulan kedua belas tahun 541H. Beliau telah melakukan sejumlah perjalanan dalam rangka menuntut ilmu, khususnya ilmu hadis dan ilmu tentang para perawi hadis.

Beliau wafat di Mesir pada hari Isnin tanggal 23 Rabi’ul Awwal tahun 600H dan dikuburkan di daerah Qarafah. Semoga Allah Ta’ala merahmatinya dan memberikan ampunan kepadanya.

Dalam menjelaskan kitab ini, saya memulakannya dengan menyebutkan biografi ringkas para perawi hadis, kemudian saya huraikan seperti berikut:

1, Penjelasan judul-judul hadis.

2, Penjelasan kalimat-kalimat bersama biografi nama-nama yang disebutkan dalam hadis.

3, Penjelasan kandungan hadis secara global.

4, Penjelasan sebahagian Faedah Hadis-hadis.

5, Penjelasan sebab keluarnya hadis sebatas yang diperlukan dalam perbahasan, atau penjelasan terkait kemusykilan, atau mengumpulkan antara hadis-hadis yang serupa, yang disebutkan dalam buku yang dijadikan pegangan dalam pengajaran, atau selain itu.

Tulisan ini saya beri judul (yakni judul asli ‘Arabnya – pent.), “Tanbihul Afham bi Syarh ‘Umdatil Ahkam” (Catatan Pemahaman bersama Penjelasan “‘Umdatul Ahkam”).

Hanya kepada Allah saya memohon agar menjadikan seluruh amalan kita ikhlas kerana Allah Ta’ala, selari dengan keredhaan-Nya, dan bermanfaat bagi hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Mahamulia.”

Edisi ini diterjemahkan lengkap sampai tamat bab haji.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net