Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Imamatul Uzhma, Konsep Kepimpinan Dalam Islam (Tesis Mumtaz)

Al-Imamatul Uzhma, Konsep Kepimpinan Dalam Islam (Tesis Mumtaz)
Al-Imamatul Uzhma, Konsep Kepimpinan Dalam Islam (Tesis Mumtaz)
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 18 x 3.3

ISBN: 9786027637474
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Konsep Kepimpinan Dalam Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Imamatul ‘Uzhma ‘inda Ahlis Sunnah wal Jama’ah | Penulis/Penyusun: Prof. Dr. ‘Abdullah Ad-Dumaiji | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1070 g| Muka Surat: 664 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 18cm (lebar) x 3.3cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-47-4 |


Buku ini merupakan susunan seorang tokoh ulama di Makkah, yakni Prof. Dr. ‘Abdullah bin ‘Umar Ad-Dumaiji. Kitab ini asalnya disusun oleh penulis sebagai thesis master di Universiti Ummul Qura (‘Arab Saudi). Dan thesis ini telah lulus dengan keputusan mumtaz (cemerlang).

Di antara tujuan dan objektif penyusunan buku ini adalah keperihatinan penulis dalam membersihkan salah faham terhadap konsep kepimpinan dalam Islam. Penulis menyatakan bahawa bukunya ini bertujuan untuk membersihkan konsep imamah (kepimpinan) dari segala macam debu dan kotoran yang menutupinya sehingga konsep imamah tersebut dapat menjadi jelas kembali dan tetap aktual bagi sesiapa yang hendak mencari kebenaran.

Di antara ciri keunggulan penulisan buku ini adalah:

1, Kelengkapan dalil dan hujah menurut pemahaman Ahli sunnah wal jama’ah.

2, Kesedaran terhadap akan situasi masa kini dan hakikat konsep imamah al-‘uzhma dalam Islam.

3, Metode penulisannya yang adil, dari sumber rujukan yang luas, terperinci, kemas, dan teruji secara ilmiah.

Kitab ini juga dilengkapi dengan nota kaki yang baik agar memudahkan para pembaca membuat rujukan ulang dengan sumber aslinya dengan mudah.

Di samping memaparkan rincian dan pandangan-pandangan ilmiyah dari para tokoh ahli sunnah wal-jama’ah terdahulu, turut dikemukakan pandangan-pandangan dari pelbagai kelompok selain ahli sunnah dalam rangka perbandingan dan bantahan.

InsyaAllah, dengan ini paparan perbahasannya mampu menambah keyakinan, meluaskan pandangan, dan memperbaiki perjalanan tatanan (sistem) Islam dalam kehidupan melalui metode yang sejahtera dan penuh maslahah.

Salah satu baris kesimpulannya, Syaikh Ad-Dumaji mengatakan:

“Tidak ada kemuliaan dan ketinggian darjat bagi umat Islam, kecuali dengan kembali berhukum pada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, serta berjuang menegakkan Khilafah Islamiyyah yang akan menjaga agama Islam dan mengembalikan kemuliaan dan kehormatan umat Islam.”

Di antara cakupan perbahasan buku ini adalah sebagaimana berikut:

> Methodologi Penulisan, maksud imamatul uhzma dan keterkaitannya dengan aqidah Islam.

> Imamatul ‘Uhzma dan rinciannya.

> Kewajiban melantik pemerintah.

> Tujuan-tujuan Imamah (kepimpinan dan pemerintahan).

> Metode perlantikan pemerintah.

> Bai’at; definisi, pecahannya, syarat-syaratnya, hukum-hakamnya, sebab-sebab bai’at, dan kudeta.

> Syarat-syarat pemerintah.

> Hak dan Kewajiban Pemerintah.

> Perlucutan pemerintah dan rinciannya dari sisi ahli sunnah dan firqah-firqah menyimpang.

> Sebab-sebab imam boleh dijatuhkan atau dilucutkan dari kedudukannya; rincian, dan cara-caranya.

> Sikap ahli sunnah terkait banyaknya pemerintahan Islam (negara) pada zaman ini.

Siapapun yang membaca buku ini, semoga akan mendapat tambahan ilmu keislaman yang bermanfaat, khususnya tentang siyasah asy-syar’iyyah (politik Islam).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net