Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Rahasia Asmaul Husna

Rahasia Asmaul Husna
Rahasia Asmaul Husna
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.3 x 5.1

ISBN: 9786022362067
Availability: Out Of Stock
Price: RM126.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Rahasia Asmaul Husna | Judul Asal (‘Arab): Al Asna fi Syarhi Asma’illahi Al-Husna wa Shifatihi | Penulis/Penyusun: Imam Al-Qurthubi rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Irfan bin Salim | Penterjemah: Saefulloh MS | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1441g | Muka Surat: 1132 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 5.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-2362-06-7 |


Setiap muslim wajib mengimani bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang mulia, sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:

“Nama-nama yang baik itu hanya milik Allah, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama-Nya yang baik.” (Surah Al-A’raf, 7: 180)

Juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Siapa yang menghafalnya maka dia masuk Syurga.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama telah menafsirkan dan menjelaskan makna setiap Asma’ul Husna, meneliti asal-usul setiap katanya dari sisi etimologi, serta menghitung jumlahnya dengan perbezaan pendapat yang dimilikinya. Mereka juga berusaha menjelaskan permasalahan ini dalam pelbagai tulisan bertujuan memberikan pemahaman yang baik kepada masyarakat.

Buku dengan judul asalnya ini; Al-Asna fi Syarhi Asma ‘illah Al-Husna wa Shifatih Al-Ula susunan ulama dan cendekiawan muslim Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H), ulama yang terkenal dengan Tafsirnya yang masyhur (Tafsir Al-Qurthubi), merupakan salah satu buku terbaik pada menjelaskan dan mengupas tentang Asma’ul Husna. Dalam buku ini, Al-Imam Al-Qurthubi menjelaskan makna, tafsiran, serta jumlah nama Allah yang baik dan sifat-sifat Allah yang mulia bersesuaian pendapat-pendapat yang muktabar. Tak lupa, penulis turut menambahkan perbahasan Asma’ul Husna yang masih diperbahaskan ketsabitannya atau keabsahannya serta menyertakan sumber periwayatannya di setiap kali menyebutkan penafsiran dan maknanya. Kedalaman perbahasan dan persembahan buku ini menjadikannya wajar ditela’ah, dikaji dan dimiliki.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net