Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fathul Muin, Feqah Mazhab Asy-Syafi'i

Fathul Muin, Feqah Mazhab Asy-Syafi'i
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.3 x 5.2

ISBN: 9786022362128
Availability: In Stock
Price: RM120.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fathul Mu’in, Feqah Mazhab Asy-Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Fathul Mu’in bi Syarh Qurratil ‘Ain bi Muhmmatin Ad-Diin | Penulis/Penyusun: Zainuddin Bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Ma’bari | Tahqiq/Takhrij: Bassam Abdul Wahhab Al-Jabi | Penterjemah: Misbah dan Team Pustaka Azzam | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1464g | Muka Surat: 1136 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 5.2cm (tebal) | ISBN: 978-602-2362-12-8 |


Kitab ini adalah salah sebuah kitab di bidang feqah berasaskan mazhab Asy-Syafi’i. Kitab ini mensyarahkan dan menghuraikan teks-teks asas feqah mazhab Asy-Syafi’i dari susunan asal oleh pensyarah sendiri, Zainuddin Al-Ma’bari Al-Malibari rahimahullah (Wafat: 1310H).

Kitab ini sangat terkenal dalam kalangan tokoh-tokoh dan masyarakat yang bermazhab Asy-Syafi’i, khasnya di Malabar (India), Mesir, Jordan, Hijaz, dan Yaman. Selain itu, kitab ini juga sangat dikenal dalam kalangan masyarakat Nusantara yang bermazhab Asy-Syafi’ di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.

Penulis menyatakan, kitab ini mengikuti manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i dalam feqah, yakni dalam menentukan hukum-hakam pelbagai cabang permasalahan dalam perkara-perkara berkaitan feqah. Kitab ini termasuk kitab yang lengkap merincikan hukum-hakam penting feqah, syarat sahnya, kaifiyyah ibadah, rukun-rukunnya, sunnah-sunnahnya, dan seumpamnya dari bab solat, zakat, puasa, haji, ‘umrah, jual-beli, wakalah (perwakilan atau pengiriman), mudharabah, ijarah (sewa-menyewa), ariyah (pinjam meminjam), hibah (pemberian), waqaf, faraidh, wasiat, nikah, jinayah, hukum hadd, khitan, jihad, pengadilan, tuduhan dan kesaksian, sumpah, dan seterusnya.

Di antara karya tokoh-tokoh besar mazhab Asy-Syafi’i yang menjadi rujukan bagi penyusunan kitab ini oleh penulis adalah dari karya-karya milik Ibnu Hajar Al-Haitami, Wajihuddin ‘Abdurrahman bin Ziyad Az-Zubaydi, Syaikh Zakariya Al-Anshari, Al-Amjad Ahmad bin Muzajjad Az-Zubaydi, serta beberapa ulama muhaqqiqin yang lainnya dari kalangan tokoh-tokoh mazhab Asy-Syafi’i.

Penyusun juga menegaskan bahawa dalam pemilihan dari pendapat-pendapat yang terkandung di karya-karya tersebut, beliau tetap menjadikan manhaj dan pendapat dua tokoh besar Syaikh mazhab Asy-Syafi’i yakni Al-Imam An-Nawawi dan Ar-Rafi’i sebagai pedoman yang penting.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net