Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Perjalanan Haji Nabi & Salafush Shalih

Perjalanan Haji Nabi & Salafush Shalih
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16.6 x 2.4

ISBN: 9789792409642
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Perjalanan Haji Nabi & Salafush Shalih | Judul Asal (‘Arab): Ahwaalun Nabi fil Hajj @ Ahwaalus Salaf fil Hajj | Penulis/Penyusun: Faishal bin ‘Ali Al-Ba’dani dan Dr. Badr bin Nashir Al-Badr| Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: M. Taswir | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 666g | Muka Surat: 373 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 16.6cm (lebar) x 2.4 cm (tebal) | ISBN: 978-979-2409-64-2 |


Ibadah haji adalah ibadah yang paling jelas dalam Islam, yang dengannya tercermin ittiba’ dan sikap kita dalam meneladani Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Para ulama dan para penuntut ilmu telah memberikan perhatian besar dalam permasalahan haji ini dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya, menjelaskan sejumlah kesalahan yang dilakukan para jama’ah haji, serta menjelaskan tentang sah dan batalnya ibadah haji tersebut. Semua usaha tersebut telah dapat menutup celah-celah penting dan sebagai jalan untuk menyebarkan ilmu ke tengah umat tentang pensyari’atan haji yang agung ini.

Semua itu mengarah kepada usaha untuk membentengi masalah penting ini dan penyebaran ilmu kepada umat tentang syari’at yang agung ini. Namun, ada satu sisi yang memerlukan perhatian serius, iaitu keadaan-keadaan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam pelaksanaan haji. Pentingnya mengetahui perkara ini akan tampak jelas dari banyak sisi, dan yang paling penting adalah:

> Bahawasanya, meneliti keadaan-keadaan, perjalanan, dan mempelajari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melaksanakan haji, sekaligus memahami dan mengamalkannya merupakan bentuk penjagaan terhadap pelbagai hikmah dan maksud dari pensyari’atan ibadah haji itu sendiri, juga sebagai bentuk usaha untuk mewujudkan ‘ubudiyah (penghambaan) kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

> Kebanyakan kaum muslimin tidak mengetahui hal-ehwal keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di saat melaksanakan haji, dan mereka mencukupkan diri hanya dengan sekadar mengetahui hukum-hukum berkaitan manasik haji saja.

> Pelbagai hikmah dan tujuan, yang merupakan kandungan dari keadaan-keadaan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melaksanakan haji, tidak terwujud dalam pengamalan. Bahkan, luput pula dari pengamalan para penuntut ilmu yang sangat prihatin dalam mempelajari dan mengamalkan Sunnah.

> Haji yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki karaktor tersendiri, yang telah beliau ajarkan ke pelbagai sisi. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bertemu dengan pelbagai golongan yang kemungkinan belum bersedia untuk hidup dengan keadaan seperti ini, bahkan Nabi-Nabi  sebelum baliau sekalipun belum pernah melaluinya. Oleh kerana itu praktik tersebut memiliki banyak ciri keistimewaan yang perlu diketahui.

> Berkumpulnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama isteri dan keluarganya dalam melaksanakan haji merupakan salah satu wasilah yang dapat menampakkan sisi-sisi penting dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang kemungkinan belum pernah diketahui sebelumnya.

Kerana itulah buku kecil ini hadir untuk menggambarkan secara terperinci keadaan-keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melaksanakan haji, dan memberikan nilai tambah bagi siapa yang ingin mengikuti petunjuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Melihat telah banyaknya buku yang membahas tentang tata cara menasik haji bersesuaian petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka buku ini hanya akan memaparkan contoh-contoh dan isyarat-isyarat secara umum dalam aspek-aspek yang lain. Buku ini hanya akan terdiri dari tiga bab asas, yang kandungan utamanya adalah seperti berikut:

Bab 1: Keadaan-Keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melaksanakan Haji bersama Rabb-nya.

Bab 2: Keadaan-keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melaksanakan haji bersama keluarganya.

Bab 3: Keadaan-keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melaksanakan Haji bersama Umatnya.

Kami memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang mulia –sebagaimana hadirnya buku ini berkat rahmat dan keutamaan-Nya- agar menjadikannya sebagai buku yang bermanfaat bagi para jama’ah haji dan umrah, juga sebagai sarana untuk membantu dalam mengikuti petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net