Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sebab-Sebab Bertambah Dan Berkurangnya Iman

Sebab-Sebab Bertambah Dan Berkurangnya Iman
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.4 x 13.5 x 1

ISBN: 9786027965546
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sebab-Sebab Bertambah Dan Berkurangnya Iman | Judul Asal (‘Arab): Asbabu Al-Ziyadati Al-Imaan wa Naqiishonihi | Penulis/Penyusun: Prof. Dr. ‘Abdurrazzaq bin ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Hisyam Ubaidullah Bukkar | Penerbit: DarusSunnah | Berat: 215g | Muka Surat: 189 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 13.5cm (lebar) x 1.0cm (tebal) | ISBN: 978-602-7965-54-6 |


Dalam aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah kita mengimani bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang, bersesuaian dengan kadar amalan kita; yakni bertambah dengan amal yang soleh dan berkurang dengan sebab kemaksiatan atau dosa yang dilakukan.

Ini antaranya sebagaimana ditegaskan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal dalam Ushul As-Sunnahnya:

وَالْإِيمَانُ قَوْلٌ وَعَمَلٌ يَزِيدُ وَيَنْقُصُ كَمَا جَاءَ فِي الْخَبَرِ: أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا.

“Dan iman itu adalah ucapan dan ‘amal. Ia bertambah dan berkurang sebagaimana dikhabarkan (dalam hadis), “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”.”

Sebahagian salaf mengungkapkan bahawa iman dapat bertambah sehingga mencapai 7 petala langit dan berkurang sehingga tidak tersisa sama sekali. Dan mereka (generasi salaf ash-shalih) adalah golongan yang sentiasa berusaha untuk menambah dan memperbaharui keimanan dari masa ke masa, antaranya dengan ilmu, amal-amal yang soleh, dzikir, ibadah, majlis-majlis ilmu, dan yang lainnya.

Tidak ada keraguan bahawa iman memiliki kedudukan yang sangat tinggi. Iman merupakan perkara yang sangat penting dan puncak kewajiban, perkara yang paling agung dan mulia. Seluruh kebaikan di dunia dan akhirat bergantung pada keberadaan iman, kesahihannya, dan keselamatannya.

Iman memiliki faedah yang sangat besar dan membuahkan pelbagai kebaikan, serta menentukan baik atau buruknya akibat di akhirat sana. Sesiapa yang memahami hal tersebut pasti akan berusaha sedaya-upayanya untuk memelihara iman seraya menambahnya lagi dan lagi. Bahkan akan memeliharanya dengan pemeliharaan yang sebaik-baiknya berbanding penjagaan terhadap hal-hal yang lainnya.

Para sahabat Nabi, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik telah mengetahui akan hal ini dan telah menjelaskan bagaimana iman dapat bertambah dan bagaimana pula ia boleh terluput, serta kesan-kesannya akibat dari hal tersebut. Oleh sebab itulah, mereka sentiasa bersungguh-sungguh untuk mewujudkan hal-hal yang dapat menguatkan iman dan menyempurnakannya, dan mereka sangat berhati-hati dari segala hal yang dapat melemahkan iman dan menguranginya. Maka dengan hal tersebut, mereka pun menjadi orang-orang yang terbaik dalam umat ini, menjadi orang-orang terpilih dan qudwah bagi umat setelahnya.

Melalui buku ini kita akan mempelajari, menyelami dan memahami dengan baik apakah dia yang dimaksudkan dengan iman dan hal-hal yang menjadi sebab bertambah dan berkurangnya iman serta rintangannya berserta kesan-kesan dari hal tersebut.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net