Judul: Ilmu Berbuah Iman & Amal | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Prof. Dr. ‘Abdurrozaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Rony Nurmansyah| Penerbit: Rumah Ilmu | Berat: 83g | Muka Surat: 110 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 15.0cm (tinggi) x 11.0cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-1668-14-6 |
Ilmu adalah cahaya dan kemilau bagi pemiliknya. Perumpamaan orang yang berilmu di tengah-tengah umat manusia seperti seseorang di antara sekumpulan manusia yang berada di tengah kegelapan. Dia memegang sebuah lampu di tangannya untuk menerangi jalannya. Sehingga dia selamat dari marabahaya, terhindar dari onak dan duri, serta dapat berjalan di atas jalan yang datar lagi lurus.
Akan tetapi, ketahuilah bahawa ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu yang membuahkan amal yang soleh, maka itulah ilmu yang bermanfaat.
Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu berkata:
لَا تَكُونُ عَالِمًا حَتَّى تَكُونَ مُتَعَلِّمًا، وَلَا تَكُونُ بِالْعِلْمِ عَالِمًا حَتَّى تَكُونَ بِهِ عَامِلًا
“Tidaklah seorang menjadi ‘alim sampai dia belajar terlebih dahulu, dan tidaklah seorang berilmu terhadap suatu ilmu sampailah dia beramal dengannya.” (Iqtidha’ Al-‘Ilmi Al-‘Amal oleh Al-Khathib Al-Baghdadi, no. 17 – Al-Maktabah Al-Islami)
Fudhayl bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H) berkata:
لَا يَزَالُ الْعَالِمُ جَاهِلًا بِمَا عَلِمَ حَتَّى يَعْمَلَ بِهِ، فَإِذَا عَمِلَ بِهِ كَانَ عَالِمًا
“Seorang yang berilmu akan tetap dianggap jahil terhadap ilmunya sampailah dia beramal dengannya. Apabila dia mengamalkan ilmunya barulah dia benar-benar berilmu.” (Iqtidha’ Al-‘Ilmi Al-‘Amal oleh Al-Khathib Al-Baghdadi, no. 43. Siyar A’lam An-Nubala’ oleh Adz-Dzahabi, 9/213)
Syaikh ‘Abdurrahman bin Qasim An-Najdi berkata:
“Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu dicari demi mencapai sesuatu yang lain. Fungsi ilmu ibarat sebatang pohon, sedangkan amalan seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam, seseorang harus mengiringinya dengan amalan. Kerana orang yang berilmu akan tetapi tidak beramal dengan ilmunya adalah lebih buruk keadaannya berbanding orang bodoh.”
Syaikh Shalih Al-‘Utsaimin berkata:
“Pada hakikatnya amal adalah buah dari ilmu. Sesiapa yang beramal tanpa ilmu maka dia telah menyerupai orang Nasrani. Dan siapa yang berilmu tetapi tidak beramal maka dia telah menyerupai orang Yahudi.”
Semoga bermanfaat.