Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Muqni' oleh Ibnu Qudamah (Fiqh Mazhab Hanbali)

Al-Muqni' oleh Ibnu Qudamah (Fiqh Mazhab Hanbali)
Al-Muqni' oleh Ibnu Qudamah (Fiqh Mazhab Hanbali)
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.4 x 4.5

ISBN: 9786022362050
Availability: In Stock
Price: RM128.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Muqni’ (Fiqh Mazhab Hanbali) | Judul Asal (‘Arab): Al-Muqni fi Fiqh Al-Imam Ahmad Bin Hanbal | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H)| Tahqiq/Takhrij: Mahmud Al-Arnauth & Yasin Mahmud Al-Khatib | Penterjemah: Misbah | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1227g | Muka Surat: 920 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 16.4cm (lebar) x 4.5cm (tebal) | ISBN: 978-602-2362-05-0 |


Kitab Al-Muqni’ fi Fiqh Al-Imam Ahmad bin Hanbal adalah sebuah karya feqah susunan Al-Imam Al-‘Allamah Al-Faqih Muwaafaquddin Ibn Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 620H). Ia merupakan karya feqah terbaik dalam Mazhab Hanbali (atau mazhab Ahmad bin Hanbal). Kita ini disusun dengan ringkas dan mudah agar dapat menjadi pegangan dan rujukan para pemula baik dari kalangan penuntut ilmu peringkat awal mahupun ahli ilmu di peringkat sarjana. Bahkan ia termasuk kitab penting dalam Mazhab Ahmad semenjak selesai penyusunannya bertujuan pembelajaran dan pengamalan dalam kalangan awam dan pemula pengikut Mazhab Ahmad.

Dengan tersebarnya pengajian-pengajian melalui kitab, maka telah lahirlah banyak ahli ilmu baik di Syam, Mesir, dan kota-kota besar lainnya. Kemudian kitab ini pun disalin dan tersebar ke pelbagai pelusuk dunia Islam sehinggalah ke hari ini.

Jika dikatakan rujukan dalam Mazhab Ahmad, nescaya kitab ini antara yang menempati posisi penting sebagai rujukan dan pegangan.

Penyusunnya, Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah adalah merupakan seorang ulama besar dan muhaqqiq dalam mazhab Hanbali. Selain kitab ini, beliau juga telah menyusun beberapa kitab-kitab fiqh yang lainnya yang sangat penting bersesuaian dengan peringkat pengajian seorang penuntut ilmu. Di antaranya, beliau menyusun ‘Umdatul Fiqh (landasan dan pegangan penting dalam Feqah) untuk kalangan pemula dan awam, kemudian kitab yang edisi terjemahannya berada di depan kita ini yakni Al-Muqni’, lalu kemudian kitab Al-Kaafi fi Fiqhi Imam Ahmad bagi peringkat pengajian berikutnya, dan seterusnya antara kitab besar dalam bidang fiqh ini beliau telah menyusun pula sebuah karya fiqh perbandingan antara mazhab dengan judul Al-Mughni dan termasuk antara kitab fiqh perbandingan paling awal disusun.

Dan alhamdulillah, ke-empat-empat kitab tersebut telah lengkap diterjemahkan, sampai ke hadapan kita. Semuanya merupakan rujukan besar dan utama dalam kalangan mazhab Ahmad (atau Hanbali). Dan Al-Muqni’ ini adalah salah satunya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net