Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Majalah As-Sunnah Edisi Februari 2016M

Majalah As-Sunnah Edisi Februari 2016M
Terbitan: Yayasan Lajnah Istiqomah
Product Code: Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27.6 x 20.5 x 0.35

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Rabi’ul Akhir 1437 (Februari 2016) | Penyusun: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 190g | Ukuran: (27.6x20.5x0.35)cm | Muka Surat: 80m/s. (soft cover)


Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.

Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.

Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:

1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.

2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.

3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.

4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.

5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Antara Topik-topik Edisi Rabi’ul Akhir 1437 (Februari 2016)

1, Doa ketika singgah di suatu tempat.

2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya);

Bagaimana meng-qadha zakat fitrah?

Adakah dalil yang mensunnahkan amalan selawat ketika memandikan jenazah?

Hukum memakai selipar di kuburan?

3, Kolum Tafsir; Sabarkah kita Dengan Perbezaan Ini?

4, Kolum Hadits; Empat Dosa Besar Yang Dilaknat Pelakunya oleh Allah.

5, Kolum Hadis Lemah dan Palsu; Hadis Palsu Tentang Keutamaan Bersusah-payah Mencari Rezeki Yang Halal.

6, Perbahasan Utama; Kepentingan Akidah Salaf, Kukuh dan Selamat dari Perubahan.

7, Perbahasan Utama; Mengapa Akidah Salaf Kukuh dan Selamat?

8, Kolum Aqidah Islamiyyah; Syarat-syarat Laa ilaaha illallaah.

9, Kolum Manhaj; Berdialog Dengan Pemeluk Agama Lain.

10, Kolum Fiqih; Pemilik Hak Hadhaanah (penjagaan anak).

11, Kolum Al-Kaba’ir; Hasil Usaha Maksiat, Celaka Dunia Akhirat.

12, Kolum Tazkiyatun Nufus; Jangan Mengikuti Hawa Nafsu.

13, Kolum Baituna (Rumah Kami); Hak Suami Terhadap Isteri Dalam Perceraian.

14, Kolum Uswah Nabi; Petunjuk Rasulullah Terkait Ayam Jantan Berkokok.

15, Fadhail; Keutamaan Iman Kepada Allah dan Bersikap Baik Kepada Sesama.

16, Tarbiyatul Aulad; Sedemikian Pentingkah Ikhlas?

17, Fikih Usrah; Proses Aqad Nikah.

18, Syakhshiyah; Hanzhalah Abu Rib’i Al-Kaatib radhiyallahu ‘anhu.

19, Khuthbah Juma’at; Wasiat Untuk Umat.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net