Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ilmu & Keutamaannya oleh Ibnu Abdil Barr (Terjemahan Kitab Bayan Al-Ilmi wa Fadhlih)

Ilmu & Keutamaannya oleh Ibnu Abdil Barr (Terjemahan Kitab Bayan Al-Ilmi wa Fadhlih)
Ilmu & Keutamaannya oleh Ibnu Abdil Barr (Terjemahan Kitab Bayan Al-Ilmi wa Fadhlih)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam (1/1)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16 x 3.9

ISBN: 9786022362012
Availability: In Stock
Price: RM105.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ilmu & Keutamaannya oleh Ibnu ‘Abdil Barr | Judul Asal (‘Arab): Jami’ Bayan Al-Ilmi wa Fadhlih | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah (Wafat: 463H) | Tahqiq/Takhrij: Mahmud Al-Arnauth | Penterjemah: Ali Murtadho | Penerbit: Pustaka Azzam| Berat: 1129g| Muka Surat: 832 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 16.0cm (lebar) x 3.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-2362-01-2 |


Alhamdulillah, telah hadir edisi terjemahan kitab yang sangat bermanfaat, yakni kitab Jami’ Bayan Al-Ilmi wa Fadhlih (Himpunan Penjelasan Ilmu-ilmu dan Keutamaannya) oleh Al-Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah (Wafat: 463H), seorang ulama besar dan hafiz (ahli hadis) di masanya, dari Andalus (Cordova), tokoh besar pentahqiq dalam mazhab Malik.

Kitab ini termasuk kitab besar dan penting bagi para ahli ilmu serta banyak sekali menjadi rujukan dan nukilan dalam penulisan.

Al-Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah memaparkan kitab ini dalam bentuk himpunan periwayatan hadis-hadis dan atsar-atsar salaf yang banyak sekali berdasarkan bab-bab yang beliau bahaskan. Tidak hairanlah kalau kitab ini banyak menjadi sumber nukilan tentang atsar-atsar salaf oleh ahli ilmu terkemudian dalam perbahasan berkaitan. Di samping setiap periwayatan tersebut, beliau jabarkan bab-bab yang beliau susunkan dengan catatan-catatan dan nasihat-nasihat yang penuh manfaat.

Kitab ini hadir (yakni diterjemahkan) sebagaimana aslinya dari edisi tahqiq (semakkan dan penelitian manuskrip) oleh Prof. Mahmud Al-Arnauth, diikuti ringkasan sanad-sanad periwayatan oleh Syaikh Ahmad bin ‘Umar Al-Mahmashani, dan lengkap dengan nota kaki penjelasan status hadis-hadis dan atsar.

Pengakuan Ulama Terhadap Ibnu ‘Abdil Barr

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

كان إماما دينا، ثقة، متقنا، علامة، متبرحا، صاحب سنة واتباع، وكان أولا أثريا ظاهريا فيما قيل، ثم تحول مالكيا مع ميل بين إلى فقه الشافعي في مسائل، ولا ينكر له ذلك، فإنه ممن بلغ رتبة الائمة المجتهدين، ومن نظر في مصنفاته، بان له منزلته من سعة العلم، وقوة الفهم، وسيلان الذهن

“Beliau adalah seorang imam yang baik agamanya, seorang yang tsiqah (terpercaya) dan mutqin (berkredibiliti, berwibawa dan sempurna dalam bidangnya), seorang ‘alim (berilmu luas), dan merupakan seorang pendukung lagi berpegang-teguh kepada sunnah. Dahulu beliau dikatakan bermazhab Zhohiri, kemudian beliau menjadi seorang yang bermazhab Malik (kerana banyaknya mentahqiq pendapat-pendapat dalam mazhab Malik – pent.), namun banyak pendapat-pendapat beliau yang cenderung kepada mazhab Asy-Syafi’i pada permasalahan tertentu. Dan hal tersebut tidak dapat dinafikan, kerana beliau termasuk orang yang telah sampai ke darjat imam-imam mujtahid. Dan sesiapa yang membaca karya-karya tulis beliau, maka akan tampak jelaslah dari keutamaan dan kedudukan luasnya ilmu-ilmu beliau, kekuatan kefaqihan (kefahaman) beliau, sampailah pada kegeniusan pemikirannya.” (Siyar A’lam An-Nubala’, 18/157)

Al-Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata:

“Dan sahabat kami Ibnu ‘Abdil Bar memiliki karya-karya yang tidak ada tandingannya.”

Cakupan perbahasan

Di antara cakupan dan bab utama perbahasan kitab ini adalah:

1, Keutamaan ilmu dan orang-orang yang berilmu,

2, Penjelasan hadis, “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, nescaya Allah faqihkan dia dalam agama.”

3, Keutamaan orang berilmu berbanding orang yang mati syahid.

4, Doa Rasulullah untuk orang-orang yang sibuk dengan ilmu.

5, Perbandingan catatan periwayat hadis, kesalahan, dan penelitian.

6, Pujian untuk orang yang bertanya tentang ilmu.

7, Perjalanan menuntut ilmu dan keutamaannya.

8, Tahapan dalam menuntut ilmu.

9, Wasiat Luqman Al-Hakim terhadap anaknya dan anjuran bergaul dengan ulama.

10, Bencana ilmu dan menyia-nyiakannya serta larangan memberikannya kepada orang yang bukan ahlinya.

11, Tahapan-tahapan ilmu.

12, Fatwa anak kecil, bolehkah diterima?

13, Keutamaan menyebarkan ilmu.

14, Adil dalam menuntut ilmu.

15, Keutamaan diam pada tempatnya.

16, Bersuara keras di masjid ketika menyampaikan ilmu.

17, Adab guru dan murid.

18, Keadaan ilmu apabila berada di tangan orang-orang fasiq.

19, Memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat.

20, Celaan terhadap orang berilmu yang mencari kekuasaan dan bergaul dengan penguasa zalim.

21, Kecaman menuntut ilmu untuk mencari dunia.

22, Pertanyaan Allah terhadap para ulama di hari Kiamat.

23, Mencari Harta bagi orang berilmu.

24, Hukum membaca kitab-kitab ahli kitab.

25, Orang yang berhak disebut ulama.

26, Apabila ditanya tentang suatu yang tidak diketahui.

27, Qiyas dalam fiqh.

28, Kesalahan Mujtahid.

29, Hal-hal yang harus dilakukan oleh orang yang melihat perselisihan pendapat ulama.

30, Larangan berdebat dan berbantah-bantah.

31, Hukum perkataan sebahagian ulama terhadap ulama lainnya.

32, Perbezaan antara taqlid dan ittiba’.

33, Anjuran menolak berfatwa dan celaan terhadap orang yang tergesa-gesa dalam berfatwa.

34, Fasa-fasa menuntut ilmu dan memberi nasihat.

35, Anjuran berpegang teguh dengan sunnah.

36, Keutamaan melihat buku dan menulis ilmu pada buku.

Wallaahu a’lam.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net