Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Majalah As-Sunnah Edisi Januari 2016M

Majalah As-Sunnah Edisi Januari 2016M
Terbitan: Yayasan Lajnah Istiqomah
Product Code: Yayasan Lajnah Istiqomah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27.6 x 20.5 x 0.35

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Rabi’ul Awwal 1437 (Januari 2016) | Penyusun: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 190g | Ukuran: (27.6x20.5x0.35)cm | Muka Surat: 80m/s. (soft cover)


Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.

Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.

Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:

1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.

2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.

3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.

4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.

5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Antara Topik-topik Edisi Rabi’ul Awwal 1437 (Januari 2016)

1, Doa Meminta Perlindungan Dari Hilangnya Nikmat-nikmat.

2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya);

Bagaimana bila si suami saling bertentangan dengan ibu/bapa?

Bila orang tua tidak mampu mengaqiqahkan anaknya?

Mengapa berat sekali menunaikan solat, sedangkan hati sangat menginginkan?

3, Kolum Tafsir; Berhati-hati dalam Menjaga Harta Anak Yatim.

4, Kolum Hadits; Kewajiban Memahami Dua Kalimat Syahadah.

5, Perbahasan Utama; Islam Bukan Budaya Arab.

6, Perbahasan Utama; Beberapa Contoh Syari’at Islam Yang Ditolak Kerana Dianggap Sebagai Budaya Arab.

7, Kolum Aqidah Islamiyyah; Tauhid Uluhiyyah dan Hikmah Penciptaan Makhluk.

8, Kolum Manhaj; Menimba Pelajaran Dari Revolusi Arab.

9, Kolum Fiqih; Bolehkah Menentukan Haul Zakat Berdasarkan Tahun/Kalendar Masehi?

10, Kolum Sirah Nabawiyah; Kisah Taubat 3 Orang Sahabat Yang Tidak turut Serta Dalam Perang Tabuk.

11, Kolum Baituna (Rumah Kami); Abu Shalih As-Sammaan, Inspirasi Bagi Para Ayah.

12, Kolum Uswah Nabi; Keteladanan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam Bersikap Lemah-lembut.

13, Fadhail; Keutamaan Berdzikir Dengan Jari-jari Tangan Kanan.

14, Tarbiyatul Aulad; Memenuhi Hak-hak Allah.

15, Fikih Usrah; Mahar (Mas Kahwin).

16, Syakhshiyah; Abu Martsad Al-Ghanawi radhiyallahu ‘anhu dan Kemuliaan Besar Yang Diraihnya.

17, Khuthbah Juma’at; Akal, Keutamaan dan Keistimewaannya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net