Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kedudukan as-Sunnah Dalam Syari'at Islam

Kedudukan as-Sunnah Dalam Syari'at Islam
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka at-Taqwa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20 x 14 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kedudukan As-Sunnah Dalam Syari’at Islam | Judul Asal (‘Arab): Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Semakkan: Team Penerbit | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 0.4kg| Muka Surat: 180m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21cm (tinggi) x 14cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN: 978-979-96628-5-0 |


Pada saat ini banyak sekali kelompok dan aliran sesat yang berusaha untuk memalingkan dan menjauhkan kaum musimin dari rujukan dasar agama mereka, berupa Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka berusaha menghancurkan Islam dengan pelbagai cara; baik dengan lisan, tulisan, mahupun yang lainnya baik berupa fitnah, menimbulkan syubhat (keragu-raguan) dan kedustaan.

Jika mereka tidak mampu memalingkan secara langsung, mereka akan berusaha dengan menimbulkan keraguan-raguan terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah, atau memalingkan manusia dari memahami maksud sebenar Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan cara menyelewengkannya dari maksudnya yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya, yakni mereka berusaha membawa manusia agar memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah secara salah dan menyimpang. Mereka juga akan berusaha menjauhkan manusia dari para ulamanya yang benar, antaranya mereka berusaha menjauhkan manusia dari golongan sahabat Nabi, para tabi’in, para ahli hadis, dan para salaf ash-shalih yang lainnya. Oleh kerana itulah dapat kita lihat pada saat ini, sangat sedikit dari kaum muslimin yang mengenal dan memahami bagaimana Al-Qur’an dan As-Sunnah diturunkan, disampaikan, disebarkan dan difahami sehingga sampai kepada kita. Bahkan sangat sedikit di antara mereka yang mengenal sahabat-sahabat Nabi, para ahli hadis dan yang seangkatan dengannya (dari kalangan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik) yang merupakan para pembela dan pembawa Al-Qur’an dan As-Sunnah sehingga terpelihara dari generasi ke generasi.

Melalui buku ini, penulis membahas tentang kedudukan As-Sunnah dalam syari’at Islam, kerana ramai dari kalangan kelompok dan tokoh-tokoh kesesatan yang berusaha menyelewengkan dan menjauhkan Al-Qur’an dengan cara menggugat kedudukan dan kredibiliti As-Sunnah.

Di antara syubhat (fitnah) yang mereka timbulkan adalah dengan mempertikaikan penulisan dan pembukuan hadis-hadis Nabi, mempertikaikan kedudukan para perawi hadis tanpa ilmu dan disiplin yang betul, mempertikaikan hadis-hadis Nabi yang ‘ahad (walaupun ianya sahih), mempertentangkan kandungan hadis-hadis Nabi dengan menggunakan akal dan hawa nafsu, dan yang lainnya.

Melalui buku ini penulis akan menjelaskan makna dan definisi As-Sunnah diikuti lawan kepada As-Sunnah, yakni bid’ah. Kemudian penulis jelaskan bagaimana As-Sunnah disampaikan dan pembahagiannya, kedudukan As-Sunnah, kredibiliti As-Sunnah, As-Sunnah sebagai dalil dalam Islam, dalil-dalil yang menjelaskan kewajiban mengikuti As-Sunnah, dan hubungan As-Sunnah dengan Al-Qur’an.

Seterusnya penulis akan jelaskan pula sejarah kemunculan kelompok-kelompok sesat terawal yang menentang As-Sunnah pada zaman silam yang di antara mereka adalah golongan Khawarij, Mu’tazilah, dan Syi’ah, diikuti penjelasan atas syubhat-syubhat yang mereka timbulkan pada masa lalu.

Semua ini dan banyak lagi dibahaskan secara fokus, mudah dan tuntas. Amat sesuai untuk kalangan awam dan para penuntut ilmu di peringkat permulaan, mampu menjadi asas dalam menangkis serangan golongan yang cuba menggugat kedudukan As-Sunnah dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net