Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tawakkal, Bergantung Sepenuhnya Kepada Allah

Tawakkal, Bergantung Sepenuhnya Kepada Allah
Terbitan: Pustaka Inabah
Product Code: Pustaka Inabah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 15.6 x 1.7

ISBN: 9789791002189
Availability: In Stock
Price: RM28.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tawakkal, Bergantung Sepenuhnya Kepada Allah | Judul Asal (‘Arab): At-Tawakkul ‘alallahi Ta’aalaa | Penulis/Penyusun: Dr. ‘Abdullah bin ‘Umar Ad-Dumaiji| Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: M. Abdul Ghaffar | Penerbit: Pustaka Inabah | Berat: 469g | Muka Surat: 336 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.6cm (tinggi) x 15.6cm (lebar) x 1.7cm (tebal) | ISBN: 978-979-1002-18-9 |


Tawakkal merupakan bentuk ibadah hati yang paling agung, iaitu ibadah dalam merealisasikan pergantungan harap hanya kepada Allah, meyakini bahawa Allah-lah yang mampu merealisasikan harapan dan kehendak hamba. Setiap kehendak dan keinginan kita dibatasi dengan kehendak dan keizinan dari Allah.

Sebagaimana dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

“Dan engkau tidak akan dapat menghendaki (menempuh jalan tersebut) kecuali apabila dikehendaki oleh Allah, Rabb semesta alam.” (Surah At-Takwir, 81: 29)

Namun, jika kita tidak memahami hakikat ini, maka akan terjadilah sebagaimana yang banyak difahami oleh sebahagian manusia di mana mereka hanya fokus kepada usaha dan apa-apa yang mereka lakukan tanpa menancapkan kerbergantungan terbesar sebenarnya hanya kepada Allah. Sekaligus menzahirkan hubungan mereka terhadap Allah yang renggang atau begitu jauh. Sehingga, fokus mereka pun ditumpukan hanya pada mencapai kejayaan pada apa-apa yang mereka usahakan, menjadikan mereka pun kurang memberi perhatian pada batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah atas mereka, bahkan mungkin sehingga mereka mengabaikan batas-batas tersebut dan melupakannya adakah yang halal mahupun yang haram, sehingga akhirnya Allah pun melupakannya, lalu mereka pun tenggelam dalam kelalaian.

Di antara lain kesan buruk meninggalkan tawakkal ini adalah apabila usaha dan kerja-kerja yang mereka rancang dan laksanakan menemui kegagalan, mereka pun mula berkeluh-kesah, kecewa, hilang hala tuju, dan hilang pula tempat berharap. Tetapi tatkala usaha mereka berhasil, mereka menjadi ‘ujub dan sombong, sedangkan ianya datang dengan izin dan kehendak dari Allah.

Sedangkan mereka yang memiliki hati yang bertawakkal kepada Allah, mereka tahu di mana posisi duduk mereka, sebatas mana usaha dan kemampuan mereka, dari mana datangnya bantuan dan kejayaan, dan apabila  seandainya usaha-usaha yang mereka laksanakan menemui kegagalan mereka tahu pula bagaimana harus menyikapinya.

Ketahuilah, sangat banyak perintah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Al-Qur’an agar kita bertawakkal kepada-Nya, dan sangat banyak pula keutamaan dan ganjaran bagi orang-orang yang bertawakkal dengan tawakkal yang benar.

Namun, tahukah kita apakah yang dimaksudkan dengan tawakkal yang benar? Adakah dengan meninggalkan usaha dan hanya berserah diri kepada Allah semata-mata? Ataukah dengan fokus kepada usaha tanpa perlu memikirkan tentang kebergantungan kita kepada Allah? Ataukah tawakkal itu mencakupi aspek usaha dan kerbergantungan hati kepada Allah dalam masa yang sama sekaligus?

Dalam sebuah hadis, dari ‘Umar bin Al-Khaththaab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

“Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang haq (yang benar), Allah pasti memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung-burung. Burung-burung tersebut keluar di pagi hari dalam keadaan perut kosong, lalu pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Musnad Ahmad, no. 373. Sunan At-Tirmidzi, no. 2344. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi, Al-Albani, dan Syu’aib Al-Arnauth)

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) dalam Syarahnya:

والمراد بالتوكل اعتقاد ما دلت عليه هذه الآية وما من دابة في الأرض الا على الله رزقها وليس المراد به ترك التسبب والاعتماد على ما يأتي من المخلوقين لأن ذلك قد يجر إلى ضد ما يراه من التوكل وقد سئل أحمد عن رجل جلس في بيته أو في المسجد وقال لا أعمل شيئا حتى يأتيني رزقي فقال هذا رجل جهل العلم فقد قال النبي صلى الله عليه و سلم ان الله جعل رزقي تحت ظل رمحي وقال لو توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا فذكر انها تغدو وتروح في طلب الرزق قال وكان الصحابة يتجرون ويعملون في تخيلهم والقدوة بهم

“Dan yang dimaksudkan dengan tawakkal adalah penyerahan diri kepada Allah seperti yang ditunjukkan ayat ini:

“Dan tidak ada dari satu pun haiwan-haiwan melata (dabbah) di muka bumi melainkan Allah-lah yang memberinya rezeki.” (Surah Hud, 11: 6)

Maksudnya, bukanlah dengan meninggalkan sebab dan hanya bergantung dengan apa yang ada dari sisi para makhluk, kerana sikap seperti ini hanya akan mengheret kepada sesuatu yang bertentangan dengan erti tawakkal itu sendiri.

Dan Imam Ahmad pernah ditanya tentang orang yang hanya duduk-duduk di rumahnya atau di masjid, yang mereka mengatakan, “Aku tidak mengerjakan apa-apa pun sampailah rezekiku datang sendiri kepadaku.”

Maka Imam Ahmad pun berkata:

“Orang ini jahil (bodoh) terhadap ilmu-ilmu (yang benar), kerana Nabi pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah menjadikan rezeki-ku di bawah bayangan tombakku.”

Dan beliau juga bersabda:

“Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang haq (yang benar), Allah pasti memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung-burung. Burung-burung tersebut keluar di pagi hari dalam keadaan perut kosong, lalu pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.”

Dalam hadis ini beliau menyebutkan pergi dan kembali dalam usaha mencari rezeki.”

Beliau juga berkata, “Para sahabat Nabi juga ada yang berniaga (bekerja sebagai peniaga) dan ada juga yang bekerja di kebun-kebun mereka, dan mereka adalah qudwah (teladan yang baik bagi kita).” (Fathul Bari, 11/305-306)

Dan buku yang berada di hadapan kita ini adalah sebuah buku yang menjelaskan dengan lebih lengkap dan terperinci tentang hakikat tawakkal, rincian definisinya, kedudukannya dalam perkara iman kepada Allah, kedudukan tawakkal dalam setiap amalan hamba, hubungan di antara tawakkal dengan tauhid, peranan penting tawakkal dalam kehidupan hamba, perintah Allah agar bertawakkal, memahami tawakkal sebagai syi’ar orang-orang yang beriman, keutamaan dan hasil dari tawakkal yang benar, dan turut dimuatkan dalam perbahasan ini adalah penjelasan tentang jenis dan bentuk-bentuk penyakit hati yang dapat diubati dengan memahami dan merealisasikan tawakkal yang benar.

Di antara keutamaan dan buah hasil dari tawakkal yang turut dibahaskan berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah di dalam buku ini adalah seperti:

Tawakkal merealisasikan iman,

Tawakkal melahirkan ketenangan, kesabaran dan kekuatan jiwa,

Tawakkal melahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah,

Tawakkal adalah penyebab turunnya pertolongan dari Allah,

Tawakkal melindungi diri dari gangguan syaitan, sihir, dengki, dan penyakit ‘ain,

Tawakkal membuahkan rezeki dari Allah,

Tawakkal menghilangkan ‘ujub dan kesombongan,

Tawakkal melahirkan rasa redha dan qona’ah,

Dan Tawakkal menjadi sebab seorang hamba masuk Syurga dan dijauhkan dari adzab.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net