Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fitnah Akhir Zaman

Fitnah Akhir Zaman
Fitnah Akhir Zaman Fitnah Akhir Zaman Fitnah Akhir Zaman Fitnah Akhir Zaman Fitnah Akhir Zaman Fitnah Akhir Zaman
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM32.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fitnah Akhir Zaman | Judul Asal (‘Arab): Al-Fitnatu wa Mauqifu al-Muslim minha | Penulis: Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Abdul Wahhab Al-‘Aqil | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 0.8kg | Muka Surat: 441m/s.


Termasuk di antara kesempurnaan Rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi para hamba-Nya adalah Dia mensyari’atkan bagi mereka sesuatu yang dapat memperbaiki urusan mereka dalam pelbagai keadaan, sama ada suka ataupun benci, dalam keadaan bersemangat atau lemah, dalam keadaan aman atau huru-hara, dalam keadaan susah ataupun senang.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menggariskan solusi dan jalan keluar bagi setiap permasalahan yang melanda para hamba-Nya. Dengan sebab itu, maka beruntunglah mereka yang beriman dan berpegang teguh dengan panduan tersebut berupa al-Qur’an, as-Sunnah, dan kefahaman salafush sholeh.
 
Telah dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya bahawa zaman fitnah adalah suatu zaman di mana pada ketika itu orang-orang berilmu disisihkan dan ditutupi. Sebaliknya orang-orang bodoh berselerakkan di sana-sini berbicara tentang masalah masyarakat kebanyakan. Para alim ulama yang membawa al-Qur’an dan as-Sunnah ditenggelamkan oleh banyaknya syubhat ahli bid’ah dan perkataan orang-orang bodoh.
 
Orang awam menjadi bingung dan berkecamuk untuk mengamalkan agamanya. Perpecahan dan pertelingkahan berleluasa. Kebenaran dan kebathilan bercampur-aduk sehingga sukar untuk dibezakan. Bahkan sehingga ada yang menganggap yang bathil itu kebenaran dan yang benar itulah kebathilan. Tidak kurang yang berputus-asa meninggalkan agama lantaran terlalu bingung.
 
Maka pada ketika itu, hanya mereka yang dipilih Allah Subhanahu wa Ta’ala akan selamat. Iaitu mereka yang dianugerahi keteguhan dan kekuatan untuk berpegang dengan pedoman Nabawi berupa al-Qur’an dan as-Sunnah di atas manhaj kefahaman salafush sholeh.
 
Mereka tidak menghiraukan apa yang menjadi kesibukan kebanyakan manusia lainnnya dari hal-hal dunia yang hanya akan menambah fitnah menjadi lebih besar. Mereka tidak mengharapkan redha manusia dan disibukkan dengan gemerlapan duniawi. Mereka tidak menyibukkan diri dari hal-hal yang hanya akan menambah fitnah menjadi lebih besar. Sebaliknya mereka tetap tekun menuntut ilmu, mengamalkannya, melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, sabar, dan istiqomah lagi komited dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya dengan sedaya-upaya. Mereka memanfaatkan faedah-faedah dunia untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak melampaui batas.
 
Pada hari ini atau zaman ini, terdapat begitu banyak garis panduan syara’ yang semakin dilupa bahkan diabaikan. Sebahagiannya mungkin kerana jahil, tidak ambil penting, terpukau dengan syubhat, menjadi mangsa keadaan, lebih cenderung mengambil jalan pintas, tersalah dalam memahami dalil, dan ada pula yang sengaja memanipulasikannya demi kepentingan-kepentingan tertentu.
 
Sebahagian besar dari kalangan umat Islam hari ini lebih cenderung mengambil jalan pintas dan mudah dalam memahami dan mengamalkan agama. Sehingga tidak kurang banyaknya dari mereka ini akhirnya mengambil agama dengan cara yang salah untuk memahami isu-isu yang berlegar di sekeliling mereka. Bila jalan dan kaedah fahamnya salah, maka hasil kesannya akan menjadi buruk.
 
Apabila kesan dan natijah yang buruk terhasil, fitnah pun akan mengambil tempat. Masyarakat akan menjadi keliru, berpecah-belah, dan terdedah kepada pelbagai bentuk salah faham.
 
Dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang mulia, beliau telah menyebutkan dan mengisyaratkan peristiwa akhir zaman yang bakal berlaku. Termasuk di dalamnya adalah peristiwa-peristiwa berkaitan huru-hara dalam politik. Antaranya disebutkan dengan lafaz-lafaz seperti:
 
Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku...”
 
Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta.
 
Bahawasanya kamu nanti akan menemui atsarah (orang-orang yang mementingkan diri dan rakus). Maka bersabarlah sehingga kamu menemuiku di haudh.”
 
Akan diangkat para pemerintah untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian kamu mengingkarinya (kerana ia telah melakukan kejahatan)...
 
Sesungguhnya kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (dari kalangan pemerintah).”
 
Bagi setiap peristiwa dan fitnah yang beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam isyaratkan, sudah tentu beliau akan jelaskan sekali jalan keluar dan kaedah penyelesaiannya. Fenomena yang beliau isyaratkan ini tidak semata-mata perkhabaran. Tetapi boleh jadi sebagai ujian, musibah, nikmat, fitnah, dan cabaran. Sama ada kita tetap taat dan sabar, atau kufur kepada Allah yang Maha Mengetahui.
 
Oleh itu, berbahagialah sesiapa yang memahami setiap perkara ini dengan baik lalu menjadikan petunjuk Allah dan Rasul-Nya sebagai pegangan. Inilah sebaik-baik bekal dalam mengharungi kemelut yang telah dijanjikan.
 
Walau bagaimanapun dahsyat dan sukarnya fitnah yang melanda, itulah juga pedoman yang digenggam. Biarpun terpaksa memegangnya dengan gigitan geraham, biar nyawa tergadai sekalipun, itulah penawarnya. Jika tidak menjadi penawar di dunia, di akhirat itu pasti. Hal ini semua dibahaskan oleh penulis melalui buku ini sambil mengemukakan contoh-contoh kesabaran menakjubkan yang dilazimi oleh para ulama.
 
Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini muncul pula istilah dan fenomena momokan gejala dan gerakkan Terorisme. Begitulah bunyi sebuah perkataan yang akhir-akhir ini menghantui dunia sehingga sangat ditakuti. Malang dan celaka, perkataan tersebut dinisbahkan kepada umat Islam. Umat Islam pun kian kebingungan tidak keruan jadinya, tidak tahu bagaimana seharusnya memberi jawaban. Sebab realitanya, orang-orang yang terlibat secara langsung dalam kegiatan ekstrimis tersebut hampir semuanya beragama Islam.
 
Fenomena seperti ini semakin parah dan memberi gambaran yang buruk ke atas keadaan umat Islam yang realitinya telah berpecah-belah dan huru-hara. Belum lagi melihat kepada kepelbagaian masalah umat Islam itu sendiri yang begitu banyak menimbun. Seperti jauhnya mereka dari ilmu, perpecahan yang ketara, penyimpangan aqidah dan amal-amal agama, ditambah pula dengan kafir-mengkafir sesama sendiri, pemberontakan, saling jatuh-menjatuhkan dan tohmah-mentohmah, demonstrasi jalanan di sana-sini, serta pelbagai lagi lainnya yang seumpama. Ditambah pula dengan kemiskinan dan kemunduran (ketinggalan jauh) dalam pelbagai bidang kemajuan. Kemaksiatan dan kemungkaran pula bertebaran di mana-mana, penjajahan pemikiran dan fizikal oleh musuh-musuh (kaum kafir) berleluasa di pelbagai negara Islam. Demikianlah fitnah yang melanda umat Islam akhir-akhir ini.
 
Lalu, apakah jalan penyelesaiannya?
 
Maka, buku yang ada di tangan anda ini ditulis untuk membantu dalam memberikan penyelesaian yang baik dalam menghadapi fitnah-fitnah dimaksudkan bersesuaian dengan petunjuk Nabi dan saranan para ulama generasi salaf. Semoga Allah sentiasa memberi bimbingan dan petunjuk kepada kita semua.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net