Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Membela Hak-Hak Wanita

Membela Hak-Hak Wanita
Terbitan: Pustaka Al-Haura'
Product Code: Pustaka Al-Haura' (11/4)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.2 x 14.2 x 1.3

ISBN: 9786028775014
Availability: In Stock
Price: RM21.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Membela Hak-Hak Wanita | Judul Asal (‘Arab): Al-Intishar Li huquqil Mu’minat | Penulis/Penyusun: Ummu Salamah As-Salafiyah | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Ummu Ishaq Zulfa Husein Al-Atsariyyah | Penerbit: Pustaka Al-Haura’ | Berat: 295g | Muka Surat: 256 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.2cm (tinggi) x 14.2cm (lebar) x 1.3cm (tebal) | ISBN: 978-602-8775-01-4 |


Sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dengan tabiat, struktur tubuh dan sifat yang berbeza dengan makhluk-Nya yang berjenis lelaki, wanita telah melalui perjalanan masa dan zaman yang panjang. Pelbagai perlakuan mereka terima, sama ada itu berupa ancaman, penindasan atau malah sebaliknya berupa penghormatan dan pemujaan.

Sebaik-baik agama yang memberikan hak kepada wanita dan menempatkan mereka sebagai manusia yang memiliki kedudukan dan martabat yang mulia adalah agama Islam.

Ketika fajar Islam terbit menerangi dunia yang kala itu diselimuti kegelapan, terangkatlah kezaliman yang selama ini menyelubungi kehidupan wanita.

Islam menetapkan insaniyyah (kemanusiaan) seorang wanita sebagaimana kaum lelaki. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى...(13)

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari seorang lelaki dan perempuan...” (Surah Al-Hujurat, 49: 13)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ...(1)

“Wahai manusia, bertaqwalah kalian kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu, kemudian Dia ciptakan dari jiwa yang satu itu pasangannya. Lalu dari keduanya Allah memngembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” (Surah An-Nisaa’, 4: 1)

Allah Subhanahu wa Ta’ala menetapkan pula persamaan lelaki dan wanita dalam urusan pahala dan hukuman atas amalan yang diusahakan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (97)

“Siapa yang beramal soleh dari kalangan lelaki mahupun perempuan dan dia dalam keadaan beriman maka Allah akan menganugerahkan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan memberikan balasan pahala kepada mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka amalkan.” (Surah An-Nahl, 16: 97)

لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ...(73)

“Agar Allah mengazab orang-orang munafik, sama ada dari kalangan lelaki mahupun perempuan, dan orang-orang musyrik, sama ada dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Dan agar Allah mengampuni orang-orang yang beriman, sama ada kalangan lelaki mahupun perempuan...” (Surah Al-Ahzab, 33: 73)

Betapa Islam memuliakan wanita, menjaga kehormatannya dan memberikan hak-hak kepadanya sejak kecil sampai ia menjadi orang tua.

Kita dapat membaca perincian beberapa hak tersebut dari buku terjemahan yang sedang berada di tangan pembaca ini, dengan judul aslinya yang berbahasa arab “Al Intishar li Huquqil Mukminat”, setebal 144 halaman. Buku ini ditulis oleh seorang mustafidah dari negeri Yaman. Ummu Salamah As-Salafiyyah, salah seorang isteri Asy-Syaikh Al-Muhaddits Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah.

Kandungan buku ini memaparkan hak-hak wanita dari mula masa kanak-kanaknya di bawah pengasuhan kedua orang tua, masa remajanya, masa pernikahannya sebagai seorang isteri di bawah tanggung jawab suami, sebagai seorang ibu yang wajib disikapi dengan baik oleh anak-anaknya dan haknya yang harus diberikan oleh mahram-mahramnya. Kemudian dikupas pula tentang hak-hak mereka dalam poligami, diikuti pula perbahasan tentang ikhtilath dan beberapa permasalahan lain yang melibatkan kaum wanita.

Di tengah-tengah maraknya propaganda persamaan gender yang diserukan melalui lisan orang-orang kafir atau pun orang Islam yang teracuni dengan pemikiran kotor musuh-musuh Allah, maka sangatlah wajar buku ini diketengahkan kepada mereka dan kepada masyarakat kaum muslimin secara umum mahupun khusus. Agar mereka memahami betapa jauhnya Islam dari apa yang mereka dakwakan tersebut.

Ketahuilah bahawa Islam tidak pernah menzalimi wanita. Adapun syari’at yang ditetapkannya ke atas kaum wanita, maka hasil dan kebaikannya kembali kepada kaum wanita tersebut. Allah lah yang menetapkan aturan-aturan Islam tersebut dan Dia lebih mengetahui apa yang paling baik untuk hamba-Nya, paling sesuai, dan paling bermanfaat bagi hamba-hamba-Nya.

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (216)

“Allah maha mengetahui sedangkan kalian tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 2: 216)

Wallaahu Ta’ala a’lam bishawwab.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net