Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Muyassar, Panduan Praktis Fikih Dan Hukum Islam

Fikih Muyassar, Panduan Praktis Fikih Dan Hukum Islam
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (4/2)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 3.7

ISBN: 9789791254991
Availability: In Stock
Price: RM68.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Muyassar, Panduan Praktis Fikih Dan Hukum Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Fiqh Al-Muyassar | Penulis/Penyusun: Prof. Dr. ‘Abdul ‘Aziz Mabruk Al-Ahmadi, Prof. Dr. ‘Abdul Karim Bin Shunaitan Al-Amri, Prof. Dr. ‘Abdullah bin Fahd Asy-Syarif, Prof. Dr. Faihan Bin Syali Al-Muthairi | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Izzudin Karimi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1087g | Muka Surat: 676 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 3.7cm (tebal) | ISBN: 978-979-1254-99-1 |


Memiliki kefahaman dalam agama dan memiliki bashirah (ilmu yang mendalam) tentang hukum-hukam syari’at termasuk kemuncak kemuliaan dan fokus yang sangat penting.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan faqihkan dia dalam agma.” (Shahih Al-Bukhari, no. 71. Muslim, no. 1037)

Tidaklah sama antara seorang hamba yang diliputi oleh gelapnya kejahilan dan disesatkan oleh hawa nafsunya, sehingga dia tidak mampu memahami tujuan hidupnya, lalu dia jatuh dan bangun tertatih-tatih dalam menempuhi hari-hari kehidupannya, dan hampir-hampir dia tidak mendapatkan hala-tuju, dibandingkan dengan seorang hamba yang pengetahuannya sentiasa meneranginya, lalu dia mengetahui tujuan hidupnya dengan jelas, dan dia tahu kewajiban untuk mengibadahi Rabbnya berdasarkan ilmu, petunjuk dan cahaya dari-Nya.

Maka menjadi jelaslah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Surah Az-Zumar, 39: 9)

Seruan dakwah mengajak masyarakat untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan berpandukan cahaya dan petunjuk wahyu-Nya yang sahih telah benar-benar dipikul oleh pemerintah negeri pelayan dua tanah haram, yakni Al-Haramain Asy-Syarifain. Tidak dapat disangkal bahawa negeri Saudi ‘Arabia telah banyak melibatkan diri dalam usaha-usaha menyebarkan ilmu-ilmu Al-Qur’an dan As-Sunnah berdasarkan kemampuan dan potensi yang dimiliki oleh mereka. Banyak dari kejahilan dan kebathilan telah berjaya mereka singkap dan hilangkan, terkhusus di negara mereka. Dan tidak dapat dinafikan, berkat dari hasil kerja keras mereka, usaha dakwah Sunnah turut tersebar ke seluruh dunia pada hari ini. Banyak dari ulama besar yang ada hari ini, muncul dari sana.

Dan tidak dapat dinafikan, di antara projek besar yang paling menonjol dari negara Saudi ‘Arabia bersama pemerintah dan ulamanya adalah projek kementerian Urusan Keislaman, Wakaf, Dakwah, dan Penerangan yang ditangani oleh Mujamma’ Al-Malik Fahd li Thiba’ah Al-Mushaf Asy-Syarif (bermula dengan percetakan Al-Qur’an), adalah menerbitkan buku-buku berkualiti dalam pelbagai lapangan ilmu-ilmu syari’ah lalu menyebar-luaskannya kepada masyarakat di mana pun yang mampu mereka capai, sehingga mereka mampu mempelajari agama mereka dengan metode yang mudah dan ringkas di bawah naungan Al-Qur’an dan As-Sunnah bersesuaian dengan apa yang difahami oleh As-Salaf Ash-Shalih dari kalangn umat ini.

Mujamma’ Al-Malik Fahd telah menerbitkan buku-buku tersebut bersesuaian dengan rencana yang digariskan oleh mereka; seperti Kitab Ushul Al-Iman fi Dhau’ Al-Kitab wa As-Sunnah, Kitab Adz-Dzikr wa Ad-Du’a fi Dhau Al-Kitab wa As-Sunnah, dan saat ini percetakan tersebut turut menerbitkan buku terbaru, berupa Al-Fiqh Al-Muyassar fi Dhau Al-Kitab wa As-Sunnah (yakni buku yang ada di hadapan kita ini).

Buku ini memuatkan pelbagai permasalahan fikih yang asas dalam ibadah (thaharah, puasa, solat, puasa, haji, zakat, dll..) dan urusan muamalat (jual-beli, sewa-menyewa, pinjam-meminjam, dll...) disertai dengan dalil-dalil syar’inya dari Al-Qur’an Al-Karim dan Sunnah Nabi yang sahih. Susunannya disampaikan dalam bentuk yang paling mudah, santai dan difokuskan pada hal-hal yang wajib difahami dan diketahui oleh umum setiap kaum muslimin, bertujuan membantu kalangan awam, para pemula, dan penuntut ilmu untuk langsung memahami dan dapat mengamalkan agamanya pada kadar yang paling asas dengan ilmu-ilmu yang sahih dan masa yang paling singkat.

Semua itu dibentangkan dengan penjelasan yang mudah difahami dan keterangan yang ilmiyah, jauh dari kalimat-kalimat yang sukar dan penulisan yang berjela-jela dalam rangka mengelakkan banyak kaum Muslimin tidak mampu mencernanya dan memetik faedah darinya. Kandungannya diulas dan disampaikan dengan metode yang ringkas sehingga memudahkan masyarakat memahami hukum-hukum agama tanpa mengurangi dan menjatuhkan nilai ilmiah buku yang dipilih.

Kemudian Al-Mujamma’ Malik Fahd, demi sebuah amanah ilmu dan ketelitiannya dalam penerbitan sebagaimana halnya untuk setiap buku yang diterbitkannya, telah menyerahkan proses penyusunan buku ini kepada team ahli ilmu terpilih yang dianggotai oleh para profesor yang memiliki kepakaran di bidang ilmu syar’i, terkhusus fiqih.

Selanjutnya buku hasil kerja mereka pun dipaparkan di hadapan sekumpulan team penasihat khusus bagi proses suntingan dan semakkan sehingga dapat dipastikan ralat susulan pada bahagian-bahagian yang kurang tepat atau kurang jelas. Akhirnya buku ini, alhamdulillah telah berjaya hadir bersama banyak keunggulannya yang tersendiri, di antaranya:

Keabsahan yang maksima dalam urusan penilaian hadits dan atsar yang menjadi landasan hukum fiqih di setiap permasalahan.

Cakupan dan kandungannya yang luas meliputi bab-bab fiqih dan masalah-masalahnya, di mana setiap Muslim pasti memerlukannya.

Kalimat yang jelas dan susunan bahasanya yang mudah (difahami), sehingga para penuntut ilmu dan orang-orang yang kemampuannya di bawah mereka dari kalangan kaum Muslimin yang awam juga akan mampu mengambil manfaat darinya.

Pembahagiannya yang terperinci dan mudah diambil faedah dari tema-temanya, dan perkara ini dengan cara menjadikannya dalam judul-judul tema yang menunjukkan kepadanya dan membantu memahaminya.

Menyisipkan peringatan terhadap beberapa penyimpangan syar’i yang boleh jadi banyak kaum Muslimin terjatuh di dalamnya, yang mungkin disebabkan kerana jahil atau taqlid (ikut-ikutan).

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net