Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Penjelasan Inti Ajaran Islam, Syarah Ushul Tsalatsah Dari 3 Ulama Besar

Penjelasan Inti Ajaran Islam, Syarah Ushul Tsalatsah Dari 3 Ulama Besar
Terbitan: Pustaka Arafah
Product Code: Pustaka Arafah (7/6)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 16.2 x 3.3

ISBN: 9789793746920
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Penjelasan Inti Ajaran Islam, Syarah Ushul Tsalatsah Dari 3 Ulama Besar | Judul Asal (‘Arab): Syarh Al-Ushul Ats-Tsalatsah (Himpunan Syarah dari 3 Ulama Besar)  | Penulis/Penyusun: Markaz Al-Urwah Al-Wutsqa | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Muhammad Isa Anshory | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 971g| Muka Surat: 658 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.1cm (tinggi) x 16.2cm (lebar) x 3.3cm (tebal) | ISBN: 978-979-3746-92-0 |


Sesungguhnya perkara yang pertama kali wajib diperhatikan oleh seorang muslim adalah mempelajari aqidah dengan benar serta usaha-usaha meluruskan dan memurnikannya hanya untuk Allah ‘Azza wa Jalla dari segala bentuk noda-noda syirik, khurafat, bid’ah, dan kesesatan; lebih-lebih lagi pada zaman yang bid’ah-bid’ah amat berleluasa saat ini. Sehingga adakalanya bid’ah-bid’ah dan syirik kelihatan seakan-akan kebenaran.

Ketahuilah bahawa kelemahan kaum muslimin saat ini bukanlah kerana kemunduran teknologinya, atau ketinggalan dari sudut maklumat, ekonomi, mahupun ketenteraan. Tetapi adalah kerana mundur dalam memahami, menguasai, dan mempraktikan ajaran Islam dengan benar sehingga Allah pun belum berkenan memperteguhkan kedudukan kaum muslimin di mana mereka berada. Lihatlah di zaman Nabi dan para sahabat, mereka bermula dengan jumlah yang sedikit, dengan kelengkapan teknologi ketenteraan yang sedikit, keadaan hidup dan makanan yang sederhana, kelengkapan pertahanan mereka pun tidaklah lebih canggih berbanding musuh, bahkan dalam banyak peperangan jumlah mereka amatlah sedikit berbanding jumlah musuh-musuh yang mereka hadapi! Namun masyaAllah... Allah telah memenangkan mereka dalam sekian banyak peperangan dan keadaan mereka pun diteguhkan; dan sejarah kewujudan mereka terus harum hingga saat ini.

Pada hari ini tidak dapat tidak, jika kita ingin kedudukan kita kembali diteguhkan sebagaimana zaman awal Islam, maka hendaklah kita memahami dan mengamalkan sebagaimana yang mereka amalkan, iaitu dengan mempelajari, memahami, dan mempraktikkan aqidah (agama) yang bersih tulus sebagaimana yang telah diamalkan dan diperjuangkan oleh mereka. Dan semua ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan belajar dari sumber yang benar.

Pada hari ini, di antara para ulama yang mulia yang telah berjuang bersungguh-sungguh dalam merealisasikan usaha menyebarkan dakwah tauhid dan sunnah yang benar, insyaallah – adalah - Al-Imam Al-‘Allamah Al-Mujaddid Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah. Beliau dikenal sebagai pedang yang terhunus terhadap para penyeru kebatilan dan pelakunya. Di antara kitab yang disusun dan disebarkan olehnya (semoga Allah merahmatinya) adalah kitab yang ada di tangan kita ini, iaitu kitab Tsalatsah Al-Ushul.

Di dalam kitab ini, Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab menjelaskan secara ringkas dan jelas rukun-rukun aqidah Islam yang didukung dengan dalil-dali dari Al-Kitab dan As-Sunnah. Beliau mengajarkan kitab ini kepada murid-muridnya. Para ulama sepeninggalannya juga mengikuti metode tersebut kerana besarnya nilai dan manfaat kitab ini yang mana di dalamnya berisi seruan pemahaman terhadap aqidah yang benar.

Setelah itu, kitab ini pun terus diberi perhatian yang besar oleh para ulama sesudah beliau. Di antara yang dapat kita saksikan di antaranya adalah oleh Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin, dan Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan. Mereka telah membahaskan kitab ini dengan baik, mengajarkannya, dan memberi catatan syarah (huraian) untuk para pembaca.

Lalu himpunan syarah (huraian) dan catatan dari ketiga-tiga mereka terhadap kitab Tsalatsatul Ushul (atau Ushul Tsalatsah) ini pun dibukukan, diterbitkan, dan kini diterjemahkan dalam rangka melibatkan diri pada usaha-usaha menyebarkan dakwah tauhid tersebut, agar dakwah yang benar dapat tersebar lalu difahami oleh kaum muslimin seluruhnya, insyaAllah.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net