Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Umdatul Ahkam, Kumpulan Hadits Hukum Yang Shahih

Umdatul Ahkam, Kumpulan Hadits Hukum Yang Shahih
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam (12/6)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.4 x 16.1 x 2.5

ISBN: 9786028417556
Availability: In Stock
Price: RM53.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Umdatul Ahkam, Kumpulan Hadits Hukum Yang Shahih | Judul Asal (‘Arab): ‘Umdatul Ahkam | Penulis/Penyusun: Al-Hafiz ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 600H) | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Abu Amru ‘Abdulkarim bin Ahmad Al-Hajuri Al-‘Umari | Penterjemah: Muhammad Al-Fatih dan Arsan Abu Arfan | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 731g| Muka Surat: 444 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.4cm (tinggi) x 16.1cm (lebar) x 2.5cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-55-6 |


‘Umdatul Ahkam diakui oleh ramai ulama sebagai antara kitab terbaik yang menghimpunkan hadis-hadis penting tentang hukum-hukum syari’at. Hampir seluruh hadis yang dihimpun di kitab ini merupakan hadis-hadis muttafaqun ‘alaihi, yakni hadis-hadis yang diriwayatkan dan disepakati kesahihannya oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Allah telah memberikan keberkahan-Nya atas kitab ini, sehingga kitab ini menjadi kitab yang sangat bermanfaat dan banyak dipelajari oleh manusia.

Ciri penyusunannya yang lengkap, sistematik, hadis-hadis yang sahih, dan kemudahan dalam mempelajarinya menjadi kelebihan tersendiri, sehingga kitab ini dibaca, dikaji, dihafal, ditahqiq, dan disyarah oleh banyak ulama dan penuntut ilmu di pelbagai negara, dari masa ke masa.

Kitab ini memuatkan sekitar 420 lebih hadis-hadis tentang dasar-dasar hukum-hakam yang diguna-pakai oleh setiap mazhab fiqh ahlus sunnah wal-jama’ah.

Edisi terjemahan kitab ‘Umdatul Ahkam ini diterbitkan bagi tujuan membantu anda dalam mempelajari, memahami dan menghafal kitab yang diberkahi tersebut. Bagi edisi ini, ia ditambah dengan beberapa keistimewaan berupa:

>> Disertakan dengan takhrij dan penomboran hadis,

>> Dilengkapi dengan faedah dan kesimpulan-kesimpulan hadis,

>> Dilengkapi dengan penjelasan kosakata yang sukar difahami.

>> Redaksi hadisnya merujuk kepada tesis Syaikh Nizar bin Muhammad bin Qasim Asy-Syaikh.

Semoga terjemahan ini bermanfaat dan diberkahi, sebagaimana kitab asalnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net