Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih Fadha-il A'mal (Jilid 1, 2, dan 3)

Shahih Fadha-il A'mal (Jilid 1, 2, dan 3)
Shahih Fadha-il A'mal (Jilid 1, 2, dan 3)
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir (14(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 16.1 x 6.6

ISBN: 9789791294508
Availability: In Stock
Price: RM160.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Fadha’il A’mal (Jilid 1, 2, dan 3) | Judul Asal (‘Arab): Shahihul Musnad min Fadhail A’mal | Penulis/Penyusun: Abu ‘Abdullah ‘Ali bin Muhammad Al-Maghribi | Tahqiq/Takhrij: Penyusun (Abu ‘Abdullah ‘Ali bin Muhammad Al-Maghribi) dengan semakkan oleh Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i | Penterjemah: Izzudin Karimi | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 926g (Jilid 1), 894g (Jilid 2), 890 (Jilid 3) | Muka Surat: 3 Jilid (Hard cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 16.1cm (lebar) x 9.9 cm (tebal 3 jilid ) | ISBN: 978-979-1294-51-5 (Jilid 1), 978-979-1294-52-2 (Jilid 2), 978-979-1294-50-8 (Jilid lengkap) |


Bila kita mengamati keadaan kaum muslimin dari dulu hingga kini, akan kita dapati pada mereka suatu fenomena yang mengembirakan, iaitu sikap ghairah dan semangat dalam melakukan kebajikan. Tidak ada suatu anjuran pun untuk melakukan suatu amal kebajikan melainkan mereka menyambutnya lalu memperatikkannya dengan penuh semangat. Namun sangat disayangkan semangat yang mulia tersebut tidak diringi dengan kesungguhan menuntut ilmu, sehingga tidak sedikit di antara mereka yang mengamalkan suatu amalan yang mereka yakini memiliki keutamaan, kemuliaan dan berpahala besar di sisi Allah, namun pada hakikatnya amalan tersebut tidak memiliki sumber yang jelas dan dapat dipertanggungjawabkan, sebaliknya hanya bersumber pada riwayat-riwayat yang lemah dan bahkan palsu.

Amalan-amalan yang bersumber dari hadis-hadis yang lemah bahkan palsu tersebut tersebar luas dalam masyarakat dan telah dianggap sebagai suatu kebenaran (dalam beragama), sehingga mereka pun begitu semangat melakukannya, yakni dengan penuh keyakinan akan mendapat pahala dari sisi Allah.

Pada dasarnya jika kita memang benar-benar ingin melakukan amalan-amalan yang memiliki keutamaan dan kemuliaan di sisi Allah, serta bernilai pahala di sisi-Nya, pasti akan kita dapati ianya sangatlah banyak. Di mana apabila kita ingin mengamalkan seluruhnya, nescaya kita tidak akan mampu melakukannya. Seluruh amalan tersebut didukung oleh hadis-hadis yang sahih atau sekurang-kurangnya berstatus hasan, sehingga seharusnya diamalkan.

Apabila kita memahami hal ini dengan baik, tidak perlu lagi kita mencari-cari amalan-amalan yang hanya direka-reka oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggung-jawab, sama ada untuk kebaikan mahupun untuk memperdaya.

Yang berhak menentukan kedudukan suatu amalan itu syar’i atau tidak, menentukan keutamaan waktu pelaksanaan dan tempatnya, menentukan kaifiyat perlaksanaannya bagaimana, juga janji pahala bagi pelakunya, maka hal ini hanya Allah dan Rasul-Nya yang berhak mengkhabarkan kepada kita. Suatu amalan yang ditentukan jumlah bilangannya, atau waktu pelaksanaan dan tempatnya tanpa didukung oleh perintah dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam maka ianya akan sia-sia saja, bahkan mungkin akan berbuah dosa dan kemurkaan Allah.

Saat ini telah banyak tersebar buku-buku yang menjelaskan tentang amalan-amalan yang memiliki keutamaan dan kemuliaan, serta bernilai pahala di sisi Allah, atau popular dengan sebutan Fadhaa’il A’maal.

Namun tidak sedikit dari buku-buku dengan kategori tersebut yang masih memuatkan hadis-hadis yag dha’if atau bahkan maudhu’ (palsu). Belum lagi sebahagian orang yang dianggap sebagai ulama, atau da’i (pendakwah), atau khatib (juru khutbah), atau penceramah, dengan tidak bertanggungjawab serta sikap bermudah-mudah menyebarkan hadis-hadis yang tidak diketahui kedudukannya dalam ucapan-ucapan mereka, sehingga mengakibatkan ramai orang menjadi keliru dan mengimani fakta yang salah.

Kelompok seperti mereka ini sebenarnya menanggung dosa kerana tidak bersikap kritis bahkan tergesa-gesa dalam menyebarkan hadis-hadis tanpa membuat semakkan dengan benar, dan mereka lebih berdosa lagi apabila menyebutkannya dengan sengaja setelah mengetahui kedha’ifannya (kelemahannya) dan menganjurkan orang-orang untuk mengamalkan kandungannya, sampai orang ramai pun menganggapnya sebagai suatu perintah dan sebahagian dari syari’at, walhal ianya dha’if, atau tidak sahih.

Buku Shahih Fadhaa’il A’maal di tangan pembaca ini merupakan antara pilihan yang terbaik bagi anda yang ingin melakukan amalan-amalan yang memiliki keutamaan (yakni fadhilat-fadhilat khusus), kemuliaan dan memiliki pahala yang besar dari sisi Allah. Juga tentang waktu-waktu dan tempat-tempat yang memiliki keutamaan dan keagungan di sisi-Nya. Kerana buku ini disusun berdasarkan riwayat-riwayat hadis yang sahih dan hasan oleh penulisnya. Penulis telah mengerahkan waktu yang banyak untuk menyusunnya dengan teliti, dengan mengumpulkan hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara tersebut dari banyak sumber, lalu bersikap saksama dalam meneliti sanad-sanad periwayatannya, sehingga beliau pun mampu menyimpulkan darjat kedudukan hadis-hadis tersebut, kemudian mengambil yang sahih dan hasan saja untuk dihimpunkan ke dalam buku ini, sementara hadis-hadis yang dha’if dan maudhu’ (palsu) beliau tinggalkan.

Selain itu, penulis juga turut berusaha menjelaskan istilah-istilah gharibah (asing) yang terkandung pada hadis-hadis, diikuti beberapa ikhtilaf fiqih (perbezaan dalam memahami dan menafsirkan) sebahagian dari hadis-hadis di dalam buku ini agar para pembaca dapat mengambil faedah yang maksimum dari buku ini.

Yang menjadikan buku ini lebih bernilai adalah adanya penglibatan dari dua ulama hadis zaman ini. Mereka berdua adalah Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah, yang telah berkenan untuk meneliti, menyemak dan menambahkan pembaikan pada sebahagian dari kandungan buku ini, sebagaimana telah disebutkan pada muqaddimah, dan diikuti oleh Asy-Syaikh Mushthafa Al-‘Adawi yang juga telah membantu dalam hal yang sama, sekaligus  memberikan kata pengantar.

Apabila disebut nama Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i, tentu ramai akan mengenal ketokohannya. Beliau adalah salah seorang ulama besar di bidang hadis pada zaman ini yang berasal dari Yaman. Beliaulah yang telah berusaha menghidupkan dan menyebarkan manhaj dakwah Sunnah di Yaman pada zaman ini, hingga gemanya terdengar di seluruh dunia. Kawasan yang dulunya didiami oleh golongan Syi’ah telah kembali kepada sunnah hasil dakwah beliau sekembalinya dari Madinah dengan izin Allah. Ribuan penuntut ilmu dari pelbagai penjuru dunia, termasuk Indonesia dan Malaysia telah berbondong-bondong mendatangi majlis-majlis ilmu beliau di Dammaj (Yaman) pada ketika itu tidak lain untuk menimba ilmu beliau yang luas. Sementara puluhan buku di bidang hadis dan yang lainnya juga telah beliau tulis. Hingga pada akhirnya, murid-murid dan karya tulis beliau tersebar di pelbagai negara pada hari ini. Sementara Asy-Syaikh Musthafa Al-‘Adawi pula, beliau adalah salah seorang murid senior Syaikh Muqbil Al-Wadi’i rahimahullah. Beliau adalah antara barisan ahli ilmu yang kini berada di Mesir yang turut diakui kedalaman ilmunya, sama ada di bidang Tafsir, Hadis, Fiqih, mahupun disiplin ilmu-ilmu Syari’ah yang lainnya. Dengan berbekalkan kedalaman ilmu yang beliau miliki tersebut, puluhan karya tulis telah beliau hasilkan, dari yang berukuran kecil hingga besar, sama ada di bidang Tafsir, Hadis, Fiqih, pendidikan, mahupun bidang-bidang yang lainnya.

Semoga kehadiran buku ini dapat memberikan pencerahan dan tambahan ilmu kepada kita semua, sehingga kita pun terdorong untuk melaksanakan amal-amal ibadah kita dengan berbekal Fadhaa’il A’maal yang sesuai dengan petunjuk Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan meninggalkan amalan-amalan lain yang tidak jelas sumbernya periwayatannya.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net