Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dahsyatnya Hari Kiamat karya Ibn Abi Ad-Dunya

Dahsyatnya Hari Kiamat karya Ibn Abi Ad-Dunya
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam (7(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 15.9 x 2.1

ISBN: 9786022361831
Availability: Out Of Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dahsyatnya Hari Kiamat | Judul Asal (‘Arab): Al-Ahwal | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibn Abid Dunya rahimahullah (Wafat: 281H) | Tahqiq/Takhrij: Majdi Fathi As-Sayyid | Penterjemah: Amiruddin | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 606g| Muka Surat: 424 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 4.5cm (tinggi) x 15.9cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-236-183-1 |


Kitab ini sebagaimana judulnya adalah kitab yang tidak diragukan penisbatan periwatannya dari Al-Imam Ibn Abi Ad-Dunya rahimahullah (Wafat: 281H). Kandungan kitab ini juga banyak dinukil dan menjadi rujukan kitab-kitab besar yang lainnya seumpama Syu’abul Iman oleh Al-Baihaqi, Al-Bidayah wan Nihayah oleh Ibn Katsir, Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim oleh Ibn Katsir, Siyar A’lam An-Nubala’ oleh Adz-Dzahabi, Ad-Durr Al-Mantsur oleh As-Suyuthi, dan yang lainnya.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menyebutkan tentang Ibn Abid Dunya:

“Beliau shaduq, ahli bahasa, ahli khabar (ahli dalam periwayatan hadis), banyak ilmunya, hadis-hadisnya tinggi.” (Tadzkirah Al-Huffaz, 2/677(

Ibn Abi Hatim Ar-Razi rahimahullah (Wafat: 327H) berkata:

“Aku mencatat (hadis) dari beliau bersama-sama ayahku (Abu Hatim) dan ayahku berkata, “Beliau Shaduq.”.” (Al-Jarh wat-Ta’dil, 5/2/163)

Manakala menurut Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

“Beliau terkenal dengan karya yang banyak, bermanfaat, tersebar luas, dan terkenal dengan kelembutan hatinya. Beliau seorang yang shaduq, hafiz, dan berhati luhur.” (Al-Bidayah wan-Nihayah, 11/71)

Kitab ini Secara Ringkas

Sesungguhnya orang yang berakal adalah orang yang sentiasa mengumpulkan bekal dari dunianya untuk hari akhiratnya, lalu dia datang kepada Rabbnya dengan yang hati yang bersih suci, pada hari yang tidak berguna lagi harta dan anak-anak.

Ketahui dan fahamilah bahawa persiapan untuk hari kebangkitan, hari kematian dan perpisahan dengan dunia, hari pertemuan dengan Dzat yang Maha Perkasa, pengakhiran sama ada menuju Syurga atau Neraka adalah suatu yang pasti dan merupakan objektif segala perkara.

Kerana itu dapat kita lihat golongan salafus soleh berada di atas ketaqwaan dan kezuhudan, di atas ilmu dan amal. Mereka berusaha keras mempersiapkan diri mereka untuk hari tersebut dengan persiapan yang besar.

Demi mempersiapkan diri untuk menghadapi hari penuh kengerian tersebut, antaranya Al-Imam Ibn Abid-Dunya rahimahullah pun menyusun kitab ini, iaitu sebuah kitab yang berisi peringatan-peringatan dan nasihat-nasihat dari Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan perihal kedahsyatan hari Kiamat dan hari Kebangkitan. Ianya tidak lain agar kita sama-sama dapat sentiasa beringat dan merasa takut seraya bersiap siaga dengan bekal secukupnya.

Di dalam kitab ini kita akan dapat menemukan hadis-hadis yang menggambarkan tentang dekatnya hari Kiamat dan kedatangannya, yang mana ianya disampaikan dalam bentuk periwayatan hadis dan atsar.

Dalam kitab ini kita akan mendengar tentang bergantinya bumi dengan bumi yang lain, langit dengan langit yang lain pula. Dan kita akan melihat bagaimana ruh-ruh dibangkitkan kembali kepada jasad-jasadnya.

Di dalam kitab ini kita akan melihat Kiamat seakan-akan terhampar di hadapan mata secara langsung, seraya membuat akal berfikir, hati bergetar, jiwa mula gelisah, sehingga air mata mampu tertumpah.

Kitab ini menjabarkan dan memaparkan detik-detik penting tentang Kiamat diikuti pelbagai kengeriannya, dan tentang akhirat diikuti pelbagai keadaannya.

Sama-samalah kita hayati dan renungi. Sama-sama kita ambil pengajaran agar segera bersiap.

Benar-benar kitab ini hadir di sela-sela masa ketika kebanyakan manusia dalam keadaan tidak menghiraukan hari Kiamat (kecuali mereka yang dirahmati Allah), ketika ramai orang tidak mengendahkan hari-hari kematian mereka, sehingga kitab ini menjadi peringatan yang menggugah hati yang lalai.

Semoga Allah merahmati penyusun yang menyusun peringatan ini. Dan semoga Allah merahmati pentahqiq yang meneliti manuskrip kitab ini yang telah tersimpan lebih seribu tahun sebelum sampai kepada kita dalam keadaan siap tercetak dan diterjemahkan pula.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net