Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Mu'jam Al-Kabir karya Ath-Thabrani Jilid 1 (Hadis-hadis Berkaitan Khulafaur Rasyidin dan Sahabat-sahabat)

Al-Mu'jam Al-Kabir karya Ath-Thabrani Jilid 1 (Hadis-hadis Berkaitan Khulafaur Rasyidin dan Sahabat-sahabat)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam (2(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.4 x 16 x 3.8

ISBN: 9786022361701
Availability: Out Of Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Mu’jam Al-Kabir Jilid 1 (Hadis-hadis Berkaitan Khulafaur Rasyidin dan Sahabat-sahabat) | Judul Asal (‘Arab): Al-Mu’jam Al-Kabir | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ath-Thabarani rahimahullah (Wafat: 360H) | Tahqiq/Takhrij: Hamdi Abdul Majid As-Salafi | Penterjemah: Misbah | Penerbit: Pustaka Azzam| Berat: 1.4kg| Muka Surat: 808 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.4cm (tinggi) x 16cm (lebar) x 3.8cm (tebal) | ISBN: 978-602-2361-70-1 |


Edisi ini diterjemahkan dari cetakan kedua kitab Al-Mu’jam Al-Kabir karya Al-Hafiz Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub Al-Lakhmi Ath-Thabrani yang telah disertakan dengan beberapa pembaikan tahqiq dan tambahan takhrij berbanding cetakan edisi pertamanya.

Pentahqiq (peneliti dan penyemak) kitab ini menyebutkan:

“Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir merupakan kitab besar di mana Al-Hafiz Ath-Thabrani menulis (meriwayatkan) biografi para sahabat secara ringkas, kemudian beliau meriwayatkan dari masing-masing sahabat tersebut sebahagian dari hadis-hadis mereka atau seluruhnya sebagaimana yang belian jelaskan pada kata pendahuluannya.

Atau, beliau sebutkan nama-nama mereka, keterlibatan mereka dalam peristiwa tertentu, atau sekadar menyebutkan nama-nama mereka tanpa menambahkan keterangan yang lain.

Hadis-hadis yang terkandung dalam kitab Al-Mu’jam Al-Kabir ini terbahagi menjadi dua bahagian. Satu bahagian darinya adalah hadis-hadis yang juga turut diriwayatkan (atau terdapat) dalam Kutub As-Sittah (6 kitab hadis utama; Shahih Al-Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasaa’i dan Ibn Majah), manakala satu bahagian berikutnya adalah hadis-hadis selain dari itu yang tidak diriwayatkan dalam Kutub As-Sittah.”

Banyak dari hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ath-Thbarani ini adalah dari rangkaian hadis-hadis yang sukar atau tidak ditemui dalam kitab-kitab hadis yang lainnya. Dan kitab Al-Mu’jam Al-Kabir ini termasuk kitab yang besar dalam menghimpunkan sejumlah hadis-hadis dan termasuk kitab yang sangat penting dalam khazanah rujukan keilmuan Islam. Penyusunan hadis-hadis adalah berdasarkan urutan nama-nama perawi (sahabat) dalam urutan huruf-huruf hijaiyyah.

Al-Hafiz Ath-Thabrani

Imam ath-Thabrani adalah seorang tokoh ulama hadis yang ramai gurunya. Beliau meriwayatkan hadis dari 1000 orang guru atau lebih. Beliau merupakan seorang yang luas ilmunya, kuat hafalannya, perjalanannya mencari ilmu (hadis) begitu banyak, gurunya ramai, seorang ahli fiqh, ahli bahasa, ahli tafsir, ahli qiraat, dan lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengurniakan kepada beliau umur yang panjang, iaitu 100 tahun lebih.

Beliau termasuk kalangan ulama yang banyak mendapat pujian. Para ulama menggelarkan beliau sebagai Musnid Ad-Dunya (iaitu seorang tokoh yang banyak riwayat hadisnya di dunia).

Kata Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H):

“Beliau seorang yang tsiqah (terpercaya), luas hafalan hadis-hadisnya, mengenal cacat-cacat hadis, mengenal biografi para perawi hadis serta memahami permasalahan fiqh hadis, karya-karya tulisnya banyak sekali...”

Adz-Dzahabi sebagaimana dalam Al-Mizan (2/195) ketika menyebutkan biografi Ath-Thabrani, beliau berkata:

“Beliau adalah Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub Al-Lakhmi Ath-Thabrani Al-Hafiz Ats-Tsabat Al-Mu’ammar Abu Qasim. Riwayatnya secara bersendiriannya tidak diselisihi walaupun sangat luas periwayatan yang beliau ambil.

Ath-Thabrani dianggap sebagai pengumpul hadis yang paling banyak dan tertinggi kerana beliau telah dianugerahi oleh Allah usia sehingga seratus tahun. Beliau telah menyemak hadis-hadis semenjak berusia tiga belas tahun. Beliau hidup hingga tahun 360H. Sementara sahabatnya bernama Ibnu Rabdzah hidup sehingga tahun 440H.”

Ahmad bin Manshur Asy-Syairazi Al-Hafiz berkata:

“Syariat mencatat tiga ratus ribu hadis dari Ath-Thabrani, dan beliau adalah periwayat yang tsiqah. Hanya cuma beliau keliru berhubung nama ‘Abdurrahim Al-Barqi.”

Abu Bakr bin Abu ‘Ali berkata:

“Ath-Thabrani adalah ulama yang luas ilmunya dan banyak karyanya. Menurut sebuah pendapat, beliau mengalami kebutaan pada kedua matanya di akhir hayatnya. Semoga Allah merahmatinya.”

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net