Judul: ISIS Khilafah Islamiyyah atau Khawarij? | Judul Asal (‘Arab): Da’isy Al-‘Iraq wa Asy-Syaam fi Mizaanis Sunnah wal Islam | Penulis: ‘Ali bin Hasan bin ‘Abdul Hamid Al-Halabi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 300gram | Muka Surat: 199m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23cm (tinggi) x 15.1cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-9183-87-0 |
Akhir-akhir ini, masyarakat dunia digemparkan dengan fenomena munculnya kelompok bersenjata di Timur Tengah yang menamakan diri sebagai ISIS (Islamic State of Iraq and syam), atau dikenal juga sebagai Da’isy (Daulah Islamiyyah Iraq dan Syam). Namun, kelompok bersenjata yang mendakwa penegak panji daulah Islamiyyah ini turut dikenal sebagai suatu kelompok yang ganas, banyak melakukan tindakan keji, zalim, bahkan dilihat banyak melakukan tindakan di luar batas kemanusian terhadap orang-orang yang menyelisihinya. Atas sebab ini, fenomena ini pun menimbulkan suatu suasana antara pro dan kontra dalam kalangan para ulama serta menimbulkan kebingungan dalam kalangan masyarakat awam.
Buku ini hadir pada saat yang tepat untuk memberikan penjelasan yang benar terhadap permasalahan tersebut sesuai petunjuk sunnah dan syari’at Islam yang mulia. Dalam buku ini, penulis menjelaskan dan mengkritik pelbagai penyimpangan-penyimpangan ISIS dari kaca mata agama, khasnya methode yang mereka gunakan dalam menegakkan Khilafah Islamiyyah yang mereka dakwa.
Menurut penulis, ISIS tidak sah mendakwa sebagai penegak khilafah Islamiyyah kerana amat jelas tidak memenuhi syarat. Bahkan mereka ini lebih tepat jika disebut sebagai khawarij disebabkan banyaknya pelanggaran-pelanggaran syari’at yang mereka lakukan.
Dari itu, siapakah khawarij, ciri-cirinya, dan kriterianya? Kemudian, bagaimanakah cara yang syar’i yang seharusnya ditempuh oleh kaum muslimin untuk menegakkan daulah Islamiyyah secara benar?
InsyaAllah, sama-sama kita dapatkan jawabannya di buku ini.