Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

6 Landasan Utama Dakwah Salafiyyah

6 Landasan Utama Dakwah Salafiyyah
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i (10(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.1 x 15.1 x 1.2

ISBN: 9793536144
Availability: In Stock
Price: RM26.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 6 Landasan Utama Dakwah Salafiyyah | Judul Asal (‘Arab): Sittu Durar min Ushuli Ahlil Atsar | Penulis: Asy-Syaikh ‘Abdul Malik bin Ahmad Ramdhani Al-Jazairi hafidzahullah | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Mubarak bin Mahfudh Bamuallim | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 300gram | Muka Surat: 238m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.1cm (tinggi) x 15.1cm (lebar) x 1.2cm (tebal) | ISBN: 979-3536-14-4 |


Tulisan yang sangat baik ini adalah karya Syaikh ‘Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani Al-Jaza’iri, yang diterjemahkan dari kitab asalnya yang berjudul “Sittu Durar min Ushuuli Ahlil Atsar” kepada judul terjemahan “6 Landasan Utama Dakwah Salafiyyah”. Ia ditulis dengan menggunakan uslub (gaya bahasa) yang halus, menarik dan indah, sehingga mudah untuk difahami oleh para pembaca yang budiman.

Keenam-enam landasan (atau prinsip) utama dalam perbahasan ini dinisbatkan kepada Ahlul Atsar (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) yang tujuannya adalah mengingatkan kepada kita bahawa agama yang haq adalah dengan cara mengikuti jejak Salafus Soleh (sahabat, tabi’in, dan tabi’ut-tabi’in) yang telah mendahului kita, yang mana mereka telah dipuji dengan sebutan yang baik melalui lisan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahkan disebutkan dalam Al-Qur’an Al-Karim.

Kefahaman tentang enam prinsip ini penting untuk dimiliki dan dikuasai oleh setiap Muslim bagi membendung serta menyelamatkan ummat dari pelbagai bentuk kerosakan yang telah terjadi dengan begitu berleluasa, yang diakibatkan oleh orang-orang yang mendahulukan logik (rasional) atas wahyu, dan mendahulukan hawa nafsu ke atas akal fikiran yang sihat (fitrah), serta orang-orang yang menyelisihi manhaj (prinsip) Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Oleh kerananya, dengan memahami prinsip-prinsip dasar manhaj Salaf, insya-Allah kita telah menempuh pintu kebahagiaan dan jalan keselamatan. Sungguh tepat jika dikatakan bahawa ummat ini akan meraih kembali kejayaan dan kemuliaannya, apabila mereka kembali kepada jalan agama yang benar sebagaimana jalan agama yang telah ditempuh oleh Salafus Soleh (generasi awal yang soleh). Kerana dari merekalah agama ini berkembang dan dari merekalah kita menerima agama ini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net