Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedia Taubat, Dari Dosa Menuju Surga karya Al-Imam Ibnul Qayyim

Ensiklopedia Taubat, Dari Dosa Menuju Surga karya Al-Imam Ibnul Qayyim
Terbitan: Keira Publishing
Product Code: Keira Publishing (1(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.5 x 18 x 2.6

ISBN: 9786021361382
Availability: Out Of Stock
Price: RM45.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedia Taubat, Dari Dosa Menuju Surga | Judul Asal (‘Arab): At-Taubah wal-Inabah | Penulis: Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq/Takhrij: Dr. Muhammad ‘Umar Al-Hajji | Penterjemah: Ahmad Dzulfikar | Penerbit: Keira Publishing | Berat: 732gram | Muka Surat: 396 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.5cm (tinggi) x 18cm (lebar) x 2.6cm (tebal) | ISBN: 978-602-1361-38-2 |


Taubat adalah amalan yang mulia dan termasuk sifat atau amalan orang-orang yang beriman. Taubat adalah amalan orang-orang yang merindukan Syurga. Taubat adalah perintah Allah dan amalan yang sangat dicintai-Nya. Taubat merupakan seruan yang dibawa oleh para Nabi untuk setiap umat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَا

“Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu di waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Mukmiin, 40: 55)

Di ayat yang lain Allah berfirman:

لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ (١٥)الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٦)الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأسْحَارِ

“Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), di sisi Rabb mereka ada Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat para hamba-Nya. Iaitu orang-orang yang berdoa, “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” Iaitu orang-orang yang sabar, yang tetap taat, yang mengeluarkan sedekah, dan yang memohon keampunan di waktu sahur.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 15-17)

Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam Al-Qur’an:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

أي: إذا تبتم إلى الله واستغفرتموه وأطعتموه، كثر الرزق عليكم، وأسقاكم من بركات السماء، وأنبت لكم من بركات الأرض، وأنبت لكم الزرع، وَأَدَرَّ لكم الضرع، وأمدكم بأموال وبنين، أي: أعطاكم الأموال والأولاد، وجعل لكم جنات فيها أنواع الثمار، وخللها بالأنهار الجارية بينها

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)

Demikianlah sebahagian dari buah kedahsyatan taubat.

Untuk menyelami dengan lebih dalam tentang hakikat taubat ini, berikut kami hadirkan untuk anda sebuah buku dari terjemahan kitab Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) yang judul asalnya, At-Taubah wal-Inabah.

Semoga bermafaat untuk kita semua.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net