Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Merebut Hati Suami

Merebut Hati Suami
Terbitan: Pustaka Inabah
Product Code: Pustaka Inabah (12(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.5 x 12.6 x 1

ISBN: 9786029183795
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Merebut Hati Suami | Judul Asal (‘Arab): Khuth-watan wa Khuth-watun ila Qalbiz Zawj | Penulis: Shafa’ Manshura Abdul Hamid | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Penerbit: Pustaka Inabah | Berat: 0.180kg | Muka Surat: 180 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.5cm (tinggi) x 12.6cm (lebar) x 1.0cm (tebal) | ISBN: 978-602-9183-79-5 |


Setiap wanita pasti mengimpikan suatu pernikahan yang bahagia, dan mengharapkan seorang lelaki yang mengharapkan kasih-sayang, sikap lemah-lembut dan perhatian terhadap pasangannya. Namun, kehidupan bukan sentiasa berlangsung sesuai apa yang dirancang. Adakalanya harapan hanya tinggal harapan dan impian. Realiti yang dilaluinya tidak selari impiannya dan kehidupan rumah tangannya bertolak belakang dengan harapannya.

Suami yang diharap dapat mencintainya, menyayanginya, menyantuninya dan bersikap lembut padanya, malah bersikap sebaliknya dengan berikap kasar, ego, menyakitkan hati dan selalu tidak peduli padanya.

Sikap negatif yang diperlihatkan seorang suami pada isterinya boleh jadi kerana si suami pada dasarnya memang berperangai buruk dan si isteri yang telah bersikap kurang selektif semenjak awal dalam membuat pilihan. Tetapi tidak jarang pula, sikap negatif muncul disebabkan kesalahan si isteri. Sama ada itu kesalahan bersifat prinsip dan besar, mahupun berpunca dari kesalahan-kesalahan kecil (atau remeh) namun berterusan, sehingga akhirnya suami pun menyikapinya dengan perubahan sikap, bahkan berpaling dari si isteri.

Yang menjadikan permasalahan ini semakin rumit adalah apabila kebanyakan isteri tidak menyedari kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, atau tidak teliti dalam memahami keperibadian suaminya, sehingga dia tidak tahu mana hal-hal yang disukai oleh suaminya dan mana hal-hal yang tidak disukai olehnya.

Seandainya seorang isteri memahami hal ini, sudah tentu ia akan mampu melakukan dan bertindak dengan lebih baik dalam menyikapi dirinya dan bersikap terhadap suaminya sekaligus dalam memainkan peranannya dalam rumah tangganya.

Alhamdulillah, dalam rangka membantu para isteri dalam merealisasikan hal ini, maka buku ini hadir bagi memberikan pencerahan dan membekali mereka dengan lebih dari 250 kaedah yang mampu membuat para isteri sukses menawan hati suaminya seraya meraih cinta kasihnya, sehingga seorang suami yang kasar pun mampu berubah menjadi suami idaman.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net