Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Siapakah Sebenarnya Muhammad bin Abd. Wahhab

Siapakah Sebenarnya Muhammad bin Abd. Wahhab
Terbitan: Al-Hidayah Publication (KL)
Product Code: Al-Hidayah Publications
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 13 x 0.5

ISBN: 9789674392277
Availability: In Stock
Price: RM9.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Siapakah Sebenarnya Muhammad bin Abd. Wahhab | Judul Asal (‘Arab): (Tidak dinyatakan oleh penterjemah) | Penulis: Dr. Wahbah Az-Zuhaili | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Dr. Basri Ibrahim | Penerbit: Al-Hidayah Publication | Berat: 0.140kg | Muka Surat: 61 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 19cm (tinggi) x 13cm (lebar) x 0.5cm (tebal) | ISBN: 978-9674-392-27-7 |


Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama yang berjaya melakukan islah di Semenanjung Tanah Arab dengan membanteras pelbagai kepercayaan syirik dan amalan yang tidak berlandaskan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Beliau juga berjaya membuat perjanjian dengan pemerintah Dar-‘iyyah untuk menjaga sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Agak jarang ulama yang berjaya bekerjasama dengan seorang pemerintah pada zaman moden ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang berteraskan kepada Al-Qur’an dan juga As-Sunnah.

Malah ada yang terkeliru sehingga ada yang menyamakan mereka dengan golongan Khawarij yang telah difatwakan oleh ulama pada masa itu sebagai sesat. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan Wahabiyyah. Ketakutan kepada golongan Wahhabi ini kadang-kadang telah mendorong sesetengah ustaz dan golongan agama di negara kita melabelkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka dalam beberapa isu agama sebagai Wahhabi.

Bagi mengenali dengan lebih mendalam siapa sebenarnya Muhammad bin Abdul Wahhab dan menyelami perjuangannya, buku ini tampil memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah untuk difahami. Semoga dengan mengkaji dengan mendalam, kita akan terhindar dari fitnah dan tohmahan terhadap ulama yang merupakan pewaris para Nabi.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net