Judul: The Miracle of Asmaul Husna | Judul Asal (‘Arab): Asrarul Asma’ (Rahsia nama-nama) | Penulis: Muallifah | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Syariful Mahya Lubis | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 1.030kg | Muka Surat: 476 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.4cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 2.9cm (tebal) | ISBN: 978-979-2409-58-1 |
Berbicara tentang keindahan Asma-ul Husna Allah (nama-nama Allah yang maha Baik dan Indah) bererti membicarakan sesuatu kemaha-indahan yang sempurna dan di atas segala keindahan yang mampu digambarkan oleh manusia.
Betapa tidak, Allah Ta’ala adalah Dzat yang Maha Indah dan sempurna dalam semua nama dan sifat-Nya, yang kerana kemaha-indahan dan kemaha-sempurnaan inilah maka tidak ada seorang makhluk pun yang mampu membatasi pujian dan sanjungan yang wajar bagi Allah.
Kandungan makna dalam Asma-ul Husna sangatlah luas dan mendalam. Penuh dengan rahsia keajaiban yang tidak ada batasnya. Buku ini hadir memberikan penjelasan akan makna dari setiap nama-nama Allah yang Maha Sempurna. Disusun secara sistematik sehingga memudahkan para pembaca dalam memahaminya, menghafal, dan juga mengamalkannya dengan cara berdoa dan bermunajat melalui nama-nama-Nya yang Maha Indah.
Buku ini terbahagi kepada tiga perbahasan yang sangat menarik:
> Penjelasan tentang Asma-ul Husna,
> Sikap seorang hamba terhadap Asma-ul Husna.
> Rahsia-rahsia yang terkandung di dalamnya.
Selain itu, pada setiap perbahasan nama-nama, akan dikemukakan contoh-contoh doa dari Al-Qur’an mahupun hadis yang mengandungi lafaz-lafaz doa dengan Asma-ul Husna yang dibahaskan, sama ada doa dari generasi terdahulu, doa-doa para Nabi, atau yang lainnya.
Semoga buku ini mampu memberikan sejumlah faedah dan maklumat yang bermanfaat buat kita semua.