Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Fiqih Wanita (2 jilid lengkap)

Ensiklopedi Fiqih Wanita (2 jilid lengkap)
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir (2(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 16.3 x 6.4

ISBN: 9793956933
Availability: In Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Fiqih Wanita (2 jilid lengkap) | Judul Asal (‘Arab): Fiqhus Sunnah lin Nisaa’ | Penulis: Asy-Syaikh Abu Malik Kamal As-Sayyid Salim | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Beni Sarbeni (Team Pustaka Ibnu Katsir) | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 1.69kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 24.1cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 6.4cm (tebal) | ISBN: 979-3956-93-3 |


Ketahuilah wahai Saudari-ku...

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, 16: 97)

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam melaksanakan ibadah kepada Allah memiliki syarat-syarat, rukun-rukun, dan kewajiban-kewajiban yang wajib dipenuhi demi kesempurnaan ibadah atau terlepasnya beban syari’at tersebut. Satu-satunya jalan yang perlu ditempuh adalah mempelajari langsung dari sumbernya. Oleh sebab itulah, menuntut ilmu diwajibkan atas setiap muslim baik lelaki mahupun wanita.

Dalam sebuah hadis dari Abu Sa’iid Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan:

جَاءَتْ امْرَأَةٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ الرِّجَالُ بِحَدِيثِكَ فَاجْعَلْ لَنَا مِنْ نَفْسِكَ يَوْمًا نَأْتِيكَ فِيهِ تُعَلِّمُنَا مِمَّا عَلَّمَكَ اللَّهُ

“Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadis-hadis daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau.”

Rasulullah pun bersabda:

اجْتَمِعْنَ فِي يَوْمِ كَذَا وَكَذَا فِي مَكَانِ كَذَا وَكَذَا فَاجْتَمَعْنَ فَأَتَاهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَّمَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَهُ اللَّهُ

“Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini.”

Setelah itu, para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah kepadanya. (Shahih al-Bukhari, no. 7310)

Dalam riwayat yang lain, juga daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu:

قَالَتْ النِّسَاءُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَلَبَنَا عَلَيْكَ الرِّجَالُ فَاجْعَلْ لَنَا يَوْمًا مِنْ نَفْسِكَ فَوَعَدَهُنَّ يَوْمًا لَقِيَهُنَّ فِيهِ فَوَعَظَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ

“Para wanita berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Engkau menghabiskan waktumu untuk mengajar kaum lelaki. Oleh itu,  sediakanlah dari harimu untuk mengajar kami.” Maka Rasulullah pun menyediakan satu hari khusus untuk mereka (kaum wanita) yang dengan hari tersebut beliau menemui mereka untuk mengajar dan menyampaikan perintah kepada mereka.” (Shahih al-Bukhari, no. 101)

Demikian semangat mereka demi mendapatkan ilmu. Mereka punya kesungguhan dan kecemburuan. Dari hadis tersebut mengkhabarkan kepada kita tentang sikap dan keadaan para wanita (shahabiyah) di zaman Rasulullah, mereka menghadiri majlis-majlis ilmu, mereka bertanya tentang pelbagai dari urusan mereka dan tentang diri mereka. Bahkan mereka mengajukan pertanyaan-pertanyaan yang tidak mungkin diajukan  oleh wanita-wanita pada hari ini kerana sebab malu. Sehingga ‘Aisyah mengungkapkan:

نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ

“Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar, rasa malu tidak pernah menjadi penghalan bagi mereka untuk mempelajari agama.” (Shahih Muslim, no. 332)

Para shahabiyah ini sering bertanya tentang janabah, mimpi basah, mandi junub dan haid, istihadhah, dan banyak lagi permasalahan berkaitan wanita.

Mereka tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka telah fahami, sebaliknya mereka terus bersemangat dalam menguasai ilmu-ilmu yang diperlukan. Mereka sentiasa merasa kekurangan dan cemburu terhadap kaum lelaki yang memiliki lebih banyak waktu dan peluang menuntut ilmu dari sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Atas sebab itulah mereka pun memohon tambahan waktu belajar kepada Nabi sebagaimana hadis di atas. [Disediakan oleh Krew Atsar Enterpise; www.atsar.ilmusunnah.com]

Para ulama sama ada yang masih hidup pada zaman dahulu mahupun di masa sekarang, mereka sentiasa memberikan perhatian yang khusus terhadap permasalahan-permasalahan kaum wanita, lebih-lebih lagi tentang perkara adab dan hukum-hakam yang harus mereka fahami. Dan hal ini dapat dilihat melalui karya-karya dan fatwa-fatwa mereka.

Maka, manfaatkanlah setiap keadaan untuk meraih ilmu sebanyak mungkin. Kerana menuntut ilmu itu adalah sebahagian dari ibadah. Ia juga termasuk kunci-kunci yang membantu berjalan menuju kebahagiaan berupa Syurga Allah.

Dan buku ini, insyaAllah antara yang terkhusus bagi kaum wanita, dan juga bersifat umum untuk setiap penuntut ilmu. Satu set buku yang bermanfaat berkaitan fiqh wanita dengan menggabungkan perbahasan ilmiyah berpandukan dalil-dalil dari kitab Allah, hadis-hadis, atsar-atsar, dan fatwa-fatwa ulama mazhab dulu dan kini sehingga membuatkan penuntut ilmu merasa puas dan yakin dengan kandungan yang disampaikan, serta mudah pula untuk membuat rujukan lanjut kerana setiap nukilan dinyatakan sumber ambilannya pada bahagian nota kaki.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net