Judul: Buku Poket Fiqih Mandi Junub Berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Ithaafu Syabaabil Islaami bi Ahkaami Ghusli minal Janaabati wal Ihtilaam | Penulis: Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Jarullah Al-Jarullah | Tahqiq/Takhrij: oleh penulis | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 14cm (tinggi) x 9cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: - |
Mandi junub adalah amanah di bahu setiap muslim. Ketika dia mengalamai junub disebabkan hubungan intim suami/isteri atau kerana mimpi basah, maka dia wajib bersegera mandi darinya agar boleh menunaikan ibadha-ibadah yang disyari’atkan dalam keadaan suci.
Selama seseorang dalam keadaan junub, tidak dihalalkan baginya melaksanakan solat, menyentuh mushaf, atau duduk di dalam masjid, dan Allah Ta’ala tidak menerima solat dalam keadaan belum bersuci dari hadas.
Mandi junub adalah merupakan perkara iman dan memiliki keutamaan yang agung serta pahala yang sangat besar. Ramai orang yang masih tidak mengetahui perkara-perkara yang mewajibkan mandi junub atau hanya mengetahui satu dua hal saja darinya dan luput banyak ilmu yang lainnya tentangnya. Demikian pula dengan hukum-hakamnya, tatacaranya, dan tuntunannya yang sahih dari Nabi.
Maka, insyaAllah buku yang sederhana dan ringkas ini mampu membimbing para pembaca yang mengambil berat tentang tuntutan tersebut berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah, lalu berusaha mengamalkannya dengan benar bagi dirinya.
Semoga bermanfaat.