Judul: Buku Poket Shalat Lebih Baik Daripada Tidur... | Judul Asal (‘Arab): Ash-Shalaatu Khayrum Minan Naum | Penulis: Salim bin Muhammad Al-Juhni | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 46g | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 15cm (tinggi) x 10.5cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: - |
Saudaraku kaum muslimin, di saat engkau menikmati tidur semalaman suntuk di tempat tidurmu tiap malam. Engkau diuji di saat engkau mendengarkan seruan:
“Ash-shalaatu Khairun minannauum...”
Apa reaksimu terhadap kalimat ini?!
Berapa banyak di antara mereka yang mendengarnya tapi sedikit sekali yang memenuhi seruannya.
Sungguh solat itu lebih baik dari tidur!
Solat lebih baik dari pada tidur... kerana tidur itu memenuhi panggilan nafsu, sedangkan solat itu memenuhi panggilan Allah Ta’ala.
Solat lebih baik dari tidur... kerana tidur itu istirehat bagi tubuh, sedangkan solat itu istirehat bagi jiwa.
Itulah seruan yang diistimewakan dengan semua kemuliaan ini, iaitu seruan untuk solat yang agung itu yakni solat Subuh.
Saudaraku kaum muslimin, pada buku kecil ini dikemukakan sebahagian dari hasil-hasil yang baik, dan menyenangkan serta buah-buah yang mudah dipetik dengan melimpah bagi orang-orang yang solat Subuh berjamaah di masjid, dari Rabb mereka.
Ingatlah, seseorang di dunia sentiasa dalam saat-saat genting, jika tidak mati hari ini, mungkin esok pagi.
Semoga bermanfaat!