Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Israiliyyat & Hadits-hadits Palsu Dalam Tafsir Al-Qur'an

Israiliyyat & Hadits-hadits Palsu Dalam Tafsir Al-Qur'an
Israiliyyat & Hadits-hadits Palsu Dalam Tafsir Al-Qur'an
Terbitan: Keira Publishing
Product Code: Keira Publishing (5(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.4 x 18.1 x 2.2

ISBN: 9786021361290
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Israiliyyat & Hadits-hadits Palsu Dalam Tafsir Al-Qur’an | Judul Asal (‘Arab): Al-Israiliyyaat wa Al-Maudhu’at fi Kutub At-Tafsir | Penulis: Prof. Dr. Muhammad Abu Syahbah | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Mujahidin Muhayan | Penerbit: Keira Publishing | Berat: 735g | Muka Surat: 495 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.4cm (tinggi) x 18.1cm (lebar) x 2.2cm (tebal) | ISBN: 978-602-1361-29-0 |


Fenomena Isrâîliyyât dalam kitab-kitab tafsir Al-Qur’an merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan adanya. Sejak fasa pembukuan tafsir Al-Qur’an sehingga saat ini, berpuluh-puluh kitab tafsir telah dihasilkan oleh para ahli tafsir Al-Qur’an. Namun, setelah diteliti lebih jauh lagi, ada sebahagian besar kitab-kitab tafsir yang menggunakan riwayat-riwayat Isrâîliyyât, yakni riwayat-riwayat tafsir yang bersumber dari periwayatan yang diambil dari golongan ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani.

Orang-orang Yahudi mempunyai pengetahuan keagamaan yang bersumber dari Taurat dan orang Nasrani pula mempunyai pengetahuan keagamaan yang bersumber dari Injil. Cukup banyak orang Yahudi dan Nasrani bernaung di bawah panji-panji Islam sejak Islam lahir, sedang mereka tetap memelihara pengetahuan keagamaannya. Sementara Al-Qur’an pula banyak mencakup hal-hal yang terdapat dalam Taurat dan Injil, khasnya yang berhubungan dengan kisah-kisah para Nabi dan berita umat-umat terdahulu. Namun didalam Al-Qur’an, kisah-kisah sedemikian hanya dikemukakan secara ringkas dan fokus kepada aspek-aspek nasihat dan pelajaran, tidak mengungkapkannya secara rinci dan mendetail seperti pengkhabaran peristiwa, nama-nama negeri dan nama-nama pribadi. Sedang Taurat dan Injil mengemukakannya secara panjang lebar dengan menjelaskan rincian dan bahagian-bahagiannya.

Tujuan utama dari penulisan buku ini adalah untuk memaparkan fakta-fakta berkaitan dengan Isrâîliyyât dan hadis-hadis palsu dalam sebahagian besar dari kitab-kitab tafsir. Penulis yang juga merupakan guru besar Ilmu-ilmu al-Qur’an dan Al-Hadis di dua universiti, Universitas Al-Azhar (Mesir) dan Ummul Qura (Makkah), beliau turut menjelaskan kriteria dan sistematika penghuraian Isrâîliyyât dan hadis-hadis palsu dari sisi aqli dan naqli.

Persoalan hadits sahih, dha’if, palsu dan letak perbezaan antara tafsir yang layak diterima dan tidak, insyaAllah, hal-hal tersebut dikupas dengan merinci sudut demi sudut.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net