Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Amalan-amalan Bid'ah dan Mungkar Dalam Zawiyah Ahli Tasawuf

Amalan-amalan Bid'ah dan Mungkar Dalam Zawiyah Ahli Tasawuf
Terbitan: Al-Hidayah Publication (KL)
Product Code: Al-Hidayah Publication (6/3)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14.2 x 0.7

ISBN: 9789674392178
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Amalan-Amalan Bid’ah dan Mungkar Dalam Zawiyah Ahli Tasawuf | Judul Asal (‘Arab): (Tidak dinyatakan oleh penterjemah) | Penulis: Muhammad Az-Zamzami bin Siddiq Al-Ghumari | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani | Penerbit: Al-Hidayah Publication (KL) | Berat: 0.18kg | Muka Surat: 136 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5cm (tinggi) x 14.2cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-967-4392-17-8 |


Pada zaman kini terlalu banyak perkara-perkara bid’ah yang sering dilakukan dalam masyarakat bagi mengharapkan lebihan pahala yang akan diterima di atas amalan tersebut. Walhal, takrif bid’ah yang sebenarnya adalah satu cara dalam agama yang diada-adakan untuk meniru cara agama yang sebenar diniatkan melakukannya untuk meniru cara yang disyari’atkan. Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat melarang umatnya yang melakukan bid’ah sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (agama) yang tidak ada asal padanya maka ia tertolak.”

Namun, ahli-ahli sufi yang menetap di Zawiyah, rata-rata mereka tidak memahami syari’at dengan baik serta mereka sangat taksub terhadap perkara-perkara bid’ah ini. Sebagai contoh, mereka membina kubah-kubah yang besar di kubur-kubur syeikh-syeikh sufi tertentu tanpa mengira mereka dari golongan tarekat mana sekalipun, lalu mereka jadikannya sebagai bahan tawassul (perantara dalam beribadah) kepada Allah Subhanahu wa Ta’al. Hal ini bukan sahaja bid’ah, malah menjadi khurafat dan kekufuran kerana menyekutukan Allah subhanahu wa Ta’ala.

Mudah-mudahan buku ini menjadi bahan kajian dan muhasabah penting kepada pengamal tarekat sufi di negara kita agar perkara-perkara bid’ah dan mungkar yang pernah berlaku dalam Zawiyah ahli-ahli sufi tersebut tidak merebak dan menular dalam kalangan masyarakat negara ini. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih berhati-hati dalam mengerjakan amalan-amalan dalam rangka beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Buku ini ditulis orang seorang tokoh yang tumbuh membesar dalam kelompok masyarakat sufi yang tegar (ghuluw), bahkan penulis sebelumnya juga pernah menulis buku yang membela kalangan tasauf dan sufi. Namun, dengan hidayah dan taufiq dari Allah, akhirnya penulis berupaya meninggalkan ajaran sufi dan tasauf lalu berhijrah ke mazhab ahli sunnah wal-jama’ah seraya berusaha menjelaskan serta membongkar semula hakikat sufi dan tasauf yang sebenarnya penuh dengan penyelewengan dan penyimpangan di dalamnya dengan berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahih.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net