Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Rasulullah is my Doctor

Rasulullah is my Doctor
Terbitan: PTS Publication (M)
Product Code: PTS Publication (M)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22.7 x 15.2 x 1.5

ISBN: 9789673661374
Availability: In Stock
Price: RM25.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Rasulullah is my Doctor | Judul Asal (English): Rasulullah is my Doctor | Penulis: Jerry D. Grey | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Amiratul Awatif Ghazali | Penerbit: PTS Sdn. Bhd (Kuala Lumpur) | Berat: 0.25kg | Muka Surat: 267 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.7cm (tinggi) x 15.2cm (lebar) x 1.5cm (tebal) | ISBN: 978-967-366-137-4 |


Sesungguhnya thibbun nabawi (perubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya.

Dari ‘Abdullah bin Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنْزِلْ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً، عَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ، وَجَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ

“Sesungguhnya tidaklah Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan penyakit melainkan Dia juga menurunkan penawarnya. Tahulah sesiapa yang mengetahuinya, dan tidak mengetahui sesiapa yang tidak mengetahuinya.” (Musnad Ahmad, no. 4236)

Ilmu perubatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah salah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih sentiasa relevan walaupun tatkala berhadapan dengan masyarakat moden, lebih-lebih lagi memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Ianya ditulis dan disusun berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Kaedah-kaedah yang dipaparkan melalui buku telah terbukti dan digunakan bagi mengubati beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal perubatan dan kepada masyarakat awam terkhusus umat Islam.  Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Qur’an dan hadis adalah benar dan sempurna.

Tentang Penulis Sepintas Lalu

Jerry Duance Gray atau lebih dikenali sebagai Jerry D. Gray lahir pada 24 September 1960 di Weisbaden, Jerman. Ketika Berusia 3 tahun, keluarganya berhijrah ke Amerika syarikat. Jerry D. Gray adalah bekas prajurit Tentera Udara Amerika syarikat (USAF), kini telah memeluk Islam dan aktif menjalankan aktiviti dakwah.

Beliau mendapat hidayah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menemui keindahan Islam ketika sedang bertugas di ‘Arab Saudi. (Selanjutnya boleh dibaca di buku ini)

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net