Judul: Syarah Riyadhush Shalihin oleh Syaikh Salim Al-Hilali (Jilid 4) | Judul Asal ('Arab): Bahjatun Naazhiriin fi syarhi Riyaadhish Shaalihiin | Penulis Asal: Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) | Syarah: Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.090kg | Muka Surat: 620.
Kitab “Syarah Riyadhush Shalihin” edisi ini merupakan terjemahan dari kitab asalnya yang berjudul: Bahjatun Naazhiriin fi Syarhi Riyaadhish Shaalihiin yang ditulis oleh Syaikh Salim bin ‘led Al-Hilali.
Set lengkap edisi terjemahan ini mencakup 5 jilid lengkap semuanya. Namun, buat masa ini kami berusaha dan mula untuk turut menyediakan pembelian per jilid atas permintaan ramai pembaca. Dan bagi jilid ke-empat ini, hadis-hadis yang dibahaskan mencakup sejumlah 350 hadis kelompok ke-empat dari kitab asal Riyadhush Shalihin karya Al-Imam An-Nawawi rahimahullah, iaitu mencakupi hadis-hadis berkaitan adab-adab ketika bulan Ramadhan dan etika berpuasa, perbahasan iktikaf, fadhilat Haji, fadhilat jihad, keutamaan ilmu, kewajiban memuji Allah dan mensyukuri-Nya, perbahasan keutamaan selawat dan dzikir, serta keutamaan dan etika dalam berdoa, serta banyak lagi cakupan lainnya.
Risalah hebat ini merupakan salah satu usaha menyebar-luaskan karya besar dibidang hadis Nabawi yang sangat terkenal di kalangan kaum Muslimin, yang banyak tersebar di mana-mana dan banyak dikutip kandungan ilmunya, iaitu kitab asal yang berjudul: Riyaadhush Shaalihiin min Kalaami Sayyidil Mursaliin, karya Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) atau lebih dikenali dengan nama singkat “Al-Imam An-Nawawi”.
Penulis sengaja mensyarah (memberi huraian dan penjelasan) hadis-hadis dalam kitab ini disebabkan besarnya manfaat yang terdapat di dalamnya bagi umat Islam, khususnya bagi mereka yang istiqamah berusaha mencapai kesempuraan ‘ubudiyyah (penghambaan diri kepada Allah Ta’ala).
Buku ini secara keseluruhan memuatkan hadis-hadis berkaitan manhaj, aqidah, adab-adab, akhlak, zuhud, sedekah, amar ma’ruf nahi mungkar, fadhilat-fadhilat waktu dan amal perbuatan, etika secara lahir dan batin, mencakupi hukum-hukum halal dan haram, penyampaian khabar gembira (targhib) dan ancaman (tarhib), serta adab para saalikin, iaitu orang-orang yang sentiasa menuju (mengharap) keredhaan Rabb-nya. Penjelasan yang dibawakan oleh penulis begitu mudah untuk difahami kerana beliau membentangkannya dalam bentuk point demi point dan kesimpulan-kesimpulan yang tuntas.
Ciri istimewa bagi set Syarah oleh Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali ini adalah penjelasan dan huraian hadis-hadisnya disampaikan dalam bentuk point demi point sehingga amat membantu kita menangkap fokus kandungan ketika membaca dan menela’ahnya.