Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Ilmu & Hikmah, Terjemahan Kitab Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali

Panduan Ilmu & Hikmah, Terjemahan Kitab Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali
Panduan Ilmu & Hikmah, Terjemahan Kitab Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali Panduan Ilmu & Hikmah, Terjemahan Kitab Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.8 x 17 x 4.7

ISBN: 9793036400
Availability: In Stock
Price: RM110.00 RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Ilmu & Hikmah Syarah Lengkap Al-Arba'in An-Nawawiyah | Judul asal: Jami' al-'Ulum wa al-Hikam | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Tahqiq: Asy-Syaikh Syu'aib Al-Arnauth rahimahullah (Wafat: 1438H) | Penerbit: Darul Falah | Berat: 1.65kg | Muka Surat: 1029m/s. (Hard cover) | ISBN: 9793036400


Syaikhul Islam Taqiyuddin Abu ‘Amr Utsman bin Musa Asy-Syarzuki, atau lebih dikenali dengan nama Ibnush Sholah rahimahullah (Wafat: 643H), telah menghimpunkan hadis-hadis yang bersifat komprehensif ke dalam bukunya yang berjudul Al-Ahaadits Al-Kuliyyah, yang dikatakan bahawa paksi agama berputar dan berlegar di atasnya, yakni himpunan hadis-hadis yang sifatnya merangkum banyak perkara secara meluas atau dikenal dengan istilah Jawami’ul Kalim. Buku tersebut memuatkan sebanyak dua puluh enam hadis.

Kemudiannya, Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawi yang wafat pada 676H (iaitu Al-Imam An-Nawawi rahimahullah), menyalin semua dua puluh enam hadis-hadis tersebut, serta menambahkan hadis-hadisnya sehingga menjadi berjumlah empat puluh dua hadis ke dalam bukunya Al-Arba’in An-Nawawiyyah yang sangat terkenal, banyak menjadi hafalan dan sebutan, dan Allah menjadikannya begitu bermanfaat berkat keikhlasan penyusun dan kebaikan maksudnya.

Setelah itu, Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) menambahkan lapan buah hadis lagi dari hadis-hadis Jawami’ul Kalim (yang memiliki maksud yang luas) ke dalam buku Al-Arba’in An-Nawawiyyah yang mencakup begitu banyak ilmu dan hikmah, sehinggalah hadis-hadis tersebut terkumpul menjadi lima puluh hadis semuanya.

Beliau melakukan istikharah kepada Allah untuk menyusun buku yang mengandungi syarah (huraian, hikmah, faedah dan penjelasan) makna-makna dari hadis-hadis tersebut. Bersesuaian dengan tingginya kedudukan keilmuan, kemampuan, dan kemudahan yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya, maka beliau pun berjaya menyusunnya dengan disertai sejumlah huraian dan penjelasan yang cemerlang. Buku beliau ini berjudul Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, yakni yang edisi terjemahan lengkapnya sedang berada di depan kita ini.

Dalam syarah ini, Al-Hafiz Ibnu Rejab membentangkan hadis-hadis Nabawiyyah yang menjadi tonggak perbahasan, menjelaskan takhrijnya (susur galur rujukan asalnya), menjelaskan kata-kata asing dan makna-maknanya, menerangkan hadis-hadis yang sejenis dengannya, menjelaskan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya, menjelaskan kandungan fiqh-nya, hikmah-hikmahnya, contoh pengamalan atau ulasan para salaf terhadapnya, dan perbezaan pendapat sebahagian ulama jika ada di dalamnya. Sehingga menjadikan buku karya Al-Hafiz Ibnu Rejab ini termasuk buku syarah hadis terbaik dari sekian pensyarah kitab Al-Arba’in yang lainnya termasuk menjadi antara rujukan yang sering dinukil dan disebut-sebut oleh para ilmuan sesudahnya sehingga hari ini.

Selain itu, kitab syarah yang disusun oleh Al-Hafiz Ibnu Rejab ini turut dipenuhi dengan atsar-atsar (mutiara kata dan nasihat) atau fatwa-fatwa indah dari para ulama kalangan sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Hadis-hadis yang menjadi tonggak perbahasan ditakhrij dengan begitu baik sekali oleh Al-Hafiz Ibnu Rejab, walhamdulillah.

Manakala hadis-hadis dan atsar-atsar yang menguatkan perbahasan dan syarah hadis dijelaskan pula takhrijnya oleh pentahqiq terkenal zaman ini, iaitu Asy-Syaikh Syu’aib Al-Arnauth rahimahullah (Wafat: 1438H) di bahagian nota kaki setiap halaman. Sekaligus menjadikan edisi ini begitu indah dan bermanfaat kerana selain kewibawaan penyusunnya (Al-Hafiz Ibnu Rajab) dan sarat dengan penjelasan para ulama salaf ahli sunnah wal-jama’ah, ianya turut dilengkapi pula dengan sumber rujukan setiap penukilan. - Sinopsis disediakan oleh Team Atsar Online Boostore -

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net